“Mereka Berdualah Hidup Dan M4ti Saya.”-Isteri Pertama & Kedua Berbahagi Tugas Jaga Suami, Raih Perhatian!

Biasa apa yang kita dengar, seorang isteri akan sanggup bersusah payah menjaga dan mencari nafkah apabila keadaan suami tidak sihat, lvmpuh atau terl4ntar s4kit.

Pun begitu buat En Maaroof bilamana dirinya sedang diuji dengan kehilangan kaki kiri akibat peny4kit kenc1ng manis yang dihidapinya, namun bukan seorang isteri setia disisinya bahkan kedua-dua isterinya sentiasa menemaninya.

Noraini dan Effa Rizam bukan sahaja mampu berkongsi kasih, malah dua wanita ini setia dan berk0rban untuk menjaga suami yang s4kit.  Meskipun  jalani kehidupan keluarga yang dihimpit kesusahan selepas suami mereka kehilangan kaki kiri ak1bat peny4kit kenc1ng manis, kira-kira tiga bulan yang lalu.

“Mereka berdualah hidup dan m4ti saya,” kata Maaroof Noordin, 58, mengenai isteri pertamanya, Noraini Ishak, 42, dan isteri kedua, Effa Rizam Abd Ghafar, 42.

“Hidup kami berubah selepas kaki kiri saya terpaksa dipotong Oktober lalu, sekali gus tak mampu lagi teruskan kerja sebagai tukang rumah. Kini isteri kedua terpaksa bekerja sebagai tukang kebun di sebuah kilang di Gebeng, dengan pendapatan RM1,500 sebulan.

“Isteri pertama pula menguruskan rumah, termasuk menjaga keperluan saya,” kata Maaroof ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherating Lama.

Turut difahamkan bahawa Maaroof telah berkahwin dengan Noraini pada 2007 dan sudah hampir lima tahun berpoligami selepas mengahwini Effa Rizam pada 2018, namun tidak dikurniakan anak bersama kedua-dua isterinya itu.

“Dengan pendapatan sekarang memang tak cukup, sewa rumah dan bil api air juga sudah dua bulan tertunggak. Untuk kos rawatan suami termasuk barang keperluan dan belanja ulang alik ke hospital sahaja sudah cecah RM600 sebulan,” katanya.

Terdahulu, nasib keluarga terbabit mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO), Amal Team yang memberikan sumbangan berupa katil, kerusi roda serta barangan keperluan harian termasuk makanan.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment on "“Mereka Berdualah Hidup Dan M4ti Saya.”-Isteri Pertama & Kedua Berbahagi Tugas Jaga Suami, Raih Perhatian!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*