Neelofa Ingin Bilal Mahir Dalam Tiga Bahasa – ‘Saya Nak Bilal Boleh Berkomunikasi Dalam Bahasa Arab’

Usahawan terkenal, Noor Neelofa mendedahkan bahawa dirinya mahu putera sulungnya itu mahir dalam pelbagai bahasa. Tiga bahasa yang menjadi pilihannya adalah bahasa Melayu, Inggeris dan juga bahasa Arab.

Komunikasi dalam bahasa Arab

Menerusi laporan Gempak, Neelofa ingin Bilal mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa Arab dan dirinya jugak turut akan berusaha mempelajari bahasa tersebut untuk kemudahan berkomunikasi bersama anaknya.

Saya nak Bilal boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab dan saya nak diri saya juga boleh bercakap bahasa itu. Kalau saya tak tahu bahasa Arab macam mana saya nak berkomunikasi dengan Bilal.

Jadi, saya dah dedahkan Bilal dengan tiga bahasa (Melayu, Inggeris, Arab) sebab saya memang nak dia mahir bahasa-bahasa ini.

Tambah Neelofa, dia menyatakan hasratnya untuk mengambil pendidikan yang mempunyai aliran agama dan bahasa Arab untuk anaknya itu bila sudah tiba waktunya.

Susulan itu, Neelofa juga memberitahu bahawa kemahiran asas berkomunikasi dalam bahasa Arab akan memudahkan urusannya yang di dalam perancangan untuk menetap di luar negara.

Sumber : Gempak 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "Neelofa Ingin Bilal Mahir Dalam Tiga Bahasa – ‘Saya Nak Bilal Boleh Berkomunikasi Dalam Bahasa Arab’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*