[Terkini] Penyanyi Azzam Sham Dan Sheryl Shazwanie Selamat Timang Cahaya Mata Pertama.

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Azzam Sham, 25, dan isterinya juga penyanyi Sheryl Shazwanie, 25, selamat menimang cahaya mata sulung, bayi perempuan seberat 2.89 kilogram, semalam.

Bay1 sulung pasangan ini dilahirkan Sheryl secara pembe.dahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, jam 9.45 malam. Malah, Azzam turut menemani isterinya ketika pr0ses kelahiran itu.

Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, berkata dia bersyukur isteri dan anaknya berada dalam keadaan baik dan sihat. Katanya, perasaan masih terke.jut lagi.

“Terima kasih diucapkan pada semua yang mendoakan kesihatan Sheryl dan bay1 kami. Alhamdulillah, pr0ses kelahiran berjalan lancar dan dipermudahkan. Saya pun berpeluang menemani Sheryl.

“Sangat teruja sudah bergelar bapa. Gembira sangat dan secara tidak langsung tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga bertambah. Apapun, syukur tak terhingga ke hadrat Allah,” katanya.

Terdahulu, menerusi Instagram Story, Azzam berkongsi foto Sheryl berada dalam wa.d di hspital, diikuti video dia menunggu untuk masuk ke dewan pembe.dahan dan dikongsikan juga foto bay1 mereka yang wajahnya ditutupi bunga.

Sebelum ini, berita kehamilan Sheryl pada Mac lalu tidak dikongsikan oleh Azzam lebih awal meskipun sudah terlihat ‘baby bu.mp’ penyanyi lagu Perasaan itu kerana mengikut nasihat keluarga.

Terdahulu, Azzam dan Sheryl selamat bernikah pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor selepas bertunang pada 30 September tahun lalu.

Mereka juga sudah berkawan rapat selama enam tahun apabila bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama.

Sumber: hm

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber : DBONGKAR

Be the first to comment on "[Terkini] Penyanyi Azzam Sham Dan Sheryl Shazwanie Selamat Timang Cahaya Mata Pertama."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*