Tempat simpanan barang pec4h di lebuh raya, barang-barang Achey Iesap termasuk dokumen penting

PELAWAK Achey memohon jasa baik orang ramai untuk memulangkan semula beberapa barang peribadi miliknya yang hilang dipercayai bertaburan selepas tempat simpanan di atas kereta miliknya pec4h.

Achey berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur sebelum menyedari hal tersebut ketika tiba di Behrang, Perak.

“Semalam (Isnin) ketika dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur, tong tempat simpanan ini pec4h dan terbvka. Kosong terus barang-barang di dalamnya. Mungkin terbang ketika kereta sedang bergerak.

“Sampai di kawasan Behrang, baru saya tersedar… kalau ada yang terjumpa boleh hubungi saya di Instagram. Saya minta jasa baik orang ramai,” katanya.

Achey tidak sedar ruang simpanan di atas keretanya pec4h.

Achey berkongsi perkara berkenaan menerusi hantaran di lnstagram miliknya pada Selasa sambil menunjukkan bahagian ruang simpanan yang pec4h.

Kata Achey, selain beg pakaian dan kasut, terdapat beberapa dokumen penting turut hilang akibat kejadian tersebut.

“Dalam ini (tempat simpanan) ada kasut, beg pakaian dan dokumen. Beg baju pun boleh terbang rasanya. Cuma yang penting adalah dokumen dalam plastik berwarna hijau yang saya letakkan di situ.

“Banyak barang berharga yang hilang,” jelasnya lagi.

Perkongsian Achey itu turut mendapat perhatian banyak pihak yang meluahkan rasa simpati termasuk rakan artis seperti Datuk Fizz Fairuz, Atu Zero dan Rody Kristal.

Achey juga tidak menolak kemungkinan barang-barang tersebut boleh terjatuh disebabkan pemanduannya ketika itu agak laju.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : MSTAR

Be the first to comment on "Tempat simpanan barang pec4h di lebuh raya, barang-barang Achey Iesap termasuk dokumen penting"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*