“Sabar la… saya baru gvgur!” – Zulin Aziz

PASANGAN yang berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata, pertanyaan mengenai anak boleh menjadi soalan sensitif dan menggores perasaan.

Bagi pelakon dan pengacara Zulin Aziz, dia juga berdepan dengan situasi sama sejak mendirikan rumah tangga dengan Farhan Nozini pada 20 Februari lalu apabila peminat sering melontarkan pertanyaan sama meskipun tidak sampai setahun berkahwin.

Namun siapa sangka, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, mended4hkan dirinya baharu sahaja mengalami kegvguran pada Ogos lalu.

Zulin memaklumkan mengenai perkara itu selepas menerima banyak soalan berhubung anak ketika membuat video siaran langsung di TikTok miliknya.

Zulin Aziz minta peminat sabar tunggu berita kehamilan dirinya.

Zulin minta peminat henti tanya soalan sensitif.

“Saya baru lepas gvgur, orang tanya saya bila nak ada baby. Sabar la… Saya baru gvgur bulan lepas,” katanya.

Menganggap pertanyaan itu tidak sepatutnya dibuat segelintir netizen, Zulin turut membuat teguran secara terbuka agar tidak bertanya soal sensitif kepada dirinya.

Jelas Zulin, masyarakat sepatutnya lebih peka sebelum bertanyakan soalan sedemikian terutamanya melibatkan soal hubungan, perkahwinan dan cahaya mata.

“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tidak tahu, elak tanya soalan sensitif. Kau tidak ada common sense kalau tanya soalan.

“Macam dulu, waktu single, orang tanya bila nak kahwin… kalau aku kahwin dengan suami kau, baru tahu!,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "“Sabar la… saya baru gvgur!” – Zulin Aziz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*