Isteri Kegvgur4n, Safwan Nazri Namakan Anak Sulung Muhamad Kaif – “Kita Jumpa Di Syurga Nanti..”

Isteri pelakon Safwan Nazri, Fathin Nur Amalina yang hamil empat bulan mengalami kegvgvran ketika pelakon itu berada di Turki.

Menerusi perkongsian di Instagram, Safwan menganggap ini merupakan ujian paling besar buatnya bersama isteri.

“Ini ujian paling besar untuk saya dan isteri saya. Rezeki kami untuk dapat cahaya mata yang pertama sampai disini sahaja.

“Nama dia Muhamad Kaif. Maksud: Semangat yang kuat! Dia semangat untuk hidup, semangat untuk jmpa mummy dengan daddy dia, tapi perancangan Allah itu lebih sempurna !

“Kita jumpa di syurga nanti ye Kaif! Teruskan doa utk mummy and daddy okay! Dia dah cukup sifat, dah nak masuk empat bulan, comel, sempurna, tapi Allah lebih sayangkan dia!” kata Safwan.

Safwan juga telah memuat naik video proses peng3bumi4n b4yi sulungnya itu menerusi perkongsian itu.

Selain itu, Safwan turut menyifatkan isterinya seorang wanita yang hebat apabila melalui saat sukar ini tanpa kehadirannya di sisi.

“Terima kasih sayang. You memang! You wanita yang sangat kuat! Saya dapat tahu benda ni terjadi ketika saya sudah sampai Turkey.

“Isteri saya lalui benda ni bersendirian dengan family tanpa suami. Ya Allah, hebatnya you sayang! I sayang sangat dekat you! Kita lalui benda ni together okay!

“Muhamad Kaif, you will always be our child, thank you temankan mummy selama ini, kita jumpa nanti okay,” katanya.

Safwan dan Fathin telah mendirikan rumah tangga pada 4 Mac lalu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber: Xtra

Be the first to comment on "Isteri Kegvgur4n, Safwan Nazri Namakan Anak Sulung Muhamad Kaif – “Kita Jumpa Di Syurga Nanti..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*