Kadar Bayaran Tambahan Bagi Bantuan Keluarga Malaysia Kini Dinaikkan, Ini Tarikh Bayaran Fasa 2

Umum sedia maklum, Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bayaran tambahan bagi bantuan keluarga Malaysia (BKM) akan dinaikkan.

Ia selepas mengambil kira kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan pada ketika ini.

Menurutnya, kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan ini terutamanya kepada golongan B40.

Isi Rumah = RM100
Individu Bujang = RM50

Penerima BKM juga akan menerima sehingga RM500 mengikut kelayakan masing-masing dengan bantuan tunai tambahan dibayar secara one-off dalam fasa 2.

Selain itu, penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun ini membabitkan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.

“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40, terutamanya bagi menyambut Aidiladha tidak lama lagi dan akan disalurkan seperti dijadualkan.

“Setakat ini, seramai 8.6 juta penerima BKM sudah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,500, tahun ini. Bantuan ini adalah tertinggi yang pernah diberikan mana-mana kerajaan,” katanya ketika sidang media khas yang dilakukan secara maya di Putrajaya.

BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40 dengan semakan status pembayaran boleh dibuat bermula Isnin ini melalui portal rasmi bkm.hasil.gov.my.

VIDEO:

 

Sumber:Xtra, Youtube Buletin TV9

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber :dnq

Be the first to comment on "Kadar Bayaran Tambahan Bagi Bantuan Keluarga Malaysia Kini Dinaikkan, Ini Tarikh Bayaran Fasa 2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*