“4 Tahun Dah Bersedih, Sampai Bila Nak S4kitkan Ment4l?” – Puteri Sarah Mula Ikhlas Dengan Apa Berl4ku

SELEPAS isu rumah tangga pengarah Syamsul Yusof semakin panas dan masih menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen, isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana pula tampil memberi respon berhubung perkara itu.

Ujar Sarah, dia tahu ada spekulasi mengatakan Syamsul telah bertunang dan berkahwin dengan Ira Kazar namun dia memilih untuk tidak ambil pusing tentang perkara itu.

Selepas empat tahun berdiam berdepan ujian tersebut, Sarah berkata dia kini sudah ikhlas dengan apa yang berlaku dan berharap suaminya berlaku adil dan tidak lupakan tanggungjawab sebagai bapa terhadap anaknya.

“Selepas empat tahun benda ni berlaku terhadap saya, saya dah lalui banyak ujian dan kecaman. Saya memilih untuk berdiam diri.

“Tapi sampai bila saya nak terus berdiam dan biarkan mental saya sakit. Saya tak nak anak-anak saya nampak saya dalam keadaan macam tu nanti akan menjejaskan mereka.

“Kena ikhlas dengan apa berlaku, saya kena teruskan hidup macam biasa. Fokus kepada kerjaya dan anak-anak serta keluarga,” katanya kepada mStar.

Ira Kazar Nafi Bertunang

Seakan cuba memberitahu bahawa dia sedar namanya kini sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai gara-gara spekulasi menjadi tunangan Syamsul Yusof, Ira Kazar, memberikan sedikit petanda di Instagram Storiesnya (IGS) malam tadi.

Menerusi IGS tersebut, anak pelakon veteran, Kazar Saisi ini memaklumkan bahawa dirinya masih single buat masa ini.

“By the way, saya masih single okey!” katanya secara ringkas.

Sebelum berkongsi kenyataan itu, Ira dilihat baru selesai menonton filem berjudul Black Phone di sebuah pawagam.

Sambil berjalan keluar dari panggung, Ira membuat sedikit ulasan peribadi mengenai filem tersebut sebelum secara tiba-tiba memberi ‘hint’ tentang status dirinya kini.

Tindakan Ira itu tidak dinafikan, seakan mengena dengan situasi terkini yang mana, sehingga sekarang ramai sedang tertanya-tanya tentang kebenaran spekulasi hubungan antara dia dan Syamsul.

Semalam, bertebaran di media sosial mengenai satu hantaran di forum gosip mendakwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan Ira.

Menerusi perkongsian hantaran dan paparan skrin dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dengan nama, HannahMontana itu, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.

“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” tulisnya.

Selain itu, paparan skrin tersebut juga kemudiannya dikongsi oleh isteri Syamsul, pelakon, Puteri Sarah Liyana di Instagram Story (IGS) sambil menyatakan ucapan khas buat Syamsul.

“Terima kasih DM saya. Kalau betul, Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” katanya.

Terbaru, ‘Instagram Live’ Puteri Sarah tetiba menjadi kecoh selepas netizen mendakwa anak kepada pelakon veteran Kazar Suisi, Ira turut sama sertai pada malam Jumaat.

Ketika itu, aktres berumur 37 tahun sedang berkongsi keadaan kesihatan anak lelakinya, Syaikhul Islam, 5, yang terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan disebabkan mengalami demam akibat jangkitan virus di bahagian tekak.

Hasil pemerhatian OhBulan!, ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai respon dari warganet yang rata-ratanya terkejut dengan kehadiran Ira.

Ira Kazar masuk live.

Weh betul ke Ira Kazar masuk live?

Ira Kazar menyibuk masuk live.

Namun, selang beberapa minit, pengikut pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberitahu Ira sudah ‘left.’

INI RESPOND PUTERI SARAH

Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu juga memberi respon selepas membaca komen-komen yang ditulis.

Nak stalk I ke? Nak stalk I ke? I busy.

Sebelum ini, media melaporkan Syamsul dan Ira didakwa bakal berkahwin malah pelakon lelaki itu juga sudah bertemu dengan bapa mentuanya untuk berbincang hal pernikahan mereka.

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber:mstar

Be the first to comment on "“4 Tahun Dah Bersedih, Sampai Bila Nak S4kitkan Ment4l?” – Puteri Sarah Mula Ikhlas Dengan Apa Berl4ku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*