“Shuib Restu..,” Nikki Palikat Terp4ksa Ik4t T4ngan, Berbalut Dalam Selimut Untuk Nyanyi Lagu Arw4h Siti Sarah

Diberi penghormatan merakamkan lagu yang sepatutnya dinyanyikan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin berjudul Sudah, penyanyi Nikki Palikat menyifatkan pemilihan tersebut merupakan satu tanggungjawab besarnya.

Nikki atau nama sebenarnya, Nicolette Louisa Palikat berkata, merakamkan lagu ciptaan sepenuhnya Naim Daniel itu bukan satu tugas yang mudah kerana demi mendalami maksud dan mesej, dia terpaksa ‘mengikat’ tangan dan berbalut dalam comforter (selimut tebal).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nikki Palikat (@nikkipalikat)

“Lagu Sudah ini lebih daripada sekadar nak ‘tayang’ vokal. Sebagai seorang penyanyi, tugas saya adalah untuk menyampaikan cerita melalui penghayatan emosi.

“Sebelum masuk studio rakaman, saya banyak buat eksperimen. Saya kan anak teater. Jadi, saya sampai ikat tangan dan siap bungkus diri dalam comforter sambil menyanyi nak tengok hasilnya bagaimana.

“Menyanyi bukan sekadar melontarkan lirik dan disebabkan itu, saya buat semua itu nak dapatkan ‘feel’ yang tepat untuk lagu yang dirakamkan,” katanya yang ditemui Kosmo! Online pada majlis pelancaran single Sudah di ibu negara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nikki Palikat (@nikkipalikat)

Nikki, 37, tidak menafikan berasa gerun apabila mengetahui bahawa Sudah merupakan karya yang diharapkan Siti Sarah untuk singgah ke Anugerah Juara Lagu (AJL)

“Saya dapat lagu ini ketika peringkat awal Gegar Vaganza musim kelapan (GV8). Pihak Indigital datang ‘approach’ (mendekati saya).

“Saya macam gerun kerana lagu ini yang arwah target untuk masuk AJL dan tambahan pula, Naim Daniel yang tulis dan kita semua sedia maklum, Naim bukan jenis komposer senang-senang bagi lagu pada orang.

“Tapi, saya percaya Sarah mahukan saya nyanyi lagu ini dengan interpretasi dan gaya saya sendiri. Ini lagu terakhir yang Sarah nyanyikan walaupun hanya dalam bentuk demo. Tiada rezeki, tinggal nak masuk studio dan vokal sahaja.

“Shuib pun merestui (saya nyanyi) dan ini adalah tanggungjawab besar dan akan saya lunaskan sebagai mungkin,” ujar Nikki.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber: Cari

Be the first to comment on "“Shuib Restu..,” Nikki Palikat Terp4ksa Ik4t T4ngan, Berbalut Dalam Selimut Untuk Nyanyi Lagu Arw4h Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*