Siar Adegan Tak Berm0ral, Finas Bagitahu Tindakan Yang Boleh Di Ambil Buat Erma Fatima Tak Senang Duduk

PERBADANAN Kemajuan Nasional Malaysa (Finas) boleh membatalkan lesen sekiranya pemegang lesen disabitkan kesalahan berkaitan kejujuran, penipuan atau tidak bermoral.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim susulan kes pelakon Zul Ariffin memuat naik video aksi panas menerusi lakonannya dalam drama Perempuan Itu.

“Finas ingin menekankan penguatkuasaan tapisan kandungan filem dan televisyen di negara ini bukan di bawah kuasa Finas.

“Namun selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam pengeluaran lesan penerbitan filem tempatan, Finas akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (1983), Peraturan 6(2)” ujarnya dalam satu kenyataan.

Prof. Dr. Nasir seru penggiat seni lebih berhati-hati. FOTO: BERNAMA

Dalam masa sama, Finas turut menyeru penggiat industri kreatif lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya mereka.

Video yang dimuat naik oleh Zul pada Jumaat lalu terus mendapat perhatian banyak pihak termasuk badan bertanggungjawab.

Malah Zul dan penerbit drama tersebut iaitu Erma Fatima telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi keterangan.

Zul dalam satu perkongsian di media sosial sebelum ini memberitahu dia telah memberi kerjasama penuh kepada pihak SKMM.

Sementara itu Erma yang hadir memberi keterangan pada Selasa turut membawa skrip asal sebagai bukti jalan cerita sebenar paparan drama tersebut.

Zul Ariffin Yang Kongsi Babak Pan4s, Sekali Erma Fatima Minta Netizen Jangan Hip0krit

TERKILAN dan sedih dengan kecaman netizen, penerbit dan pengarah Erma Fatima merasakan maruahnya kini seperti dipijak-pijak.

Luah Erma, 54, buat masa ini apa jua penjelasannya tentang video berahi daripada klip drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin dan pendatang baru, Siti Hariesa tidak akan diterima banyak pihak.

Malah Erma yang juga penerbit dan penulis skrip drama Perempuan Itu berkata dia menunggu masa yang sesuai untuk tampil menceritakan perkara sebenar.

“Kalau saya cakap apa pun sekarang ini maruah saya bagaikan di tapak kaki orang. Seolah-olah selama ini saya hanya menghasilkan karya sampah.

“Itu hukuman yang diberikan oleh netizen dan beberapa pihak lain terhadap saya.

Erma tidak mahu keruhkan keadaan beri sebarang kenyataan dalam masa terdekat

“Biarlah mereka nak katakan apa sahaja sekarang ini. Lebih baik saya berdiam dahulu. Mereka ada senjata untuk serang di media sosial, tetapi sebenarnya saya ada senjata yang lebih besar,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Erma juga mengesahkan dia hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa bagi memberi keterangan.

Berhubungan penayangan drama tersebut, Erma berkata masih belum ada kata putus kerana masih dalam proses penggambaran.

Seolah-olah selama ini saya hanya menghasilkan karya sampah
“Saya hadir ke pejabat SKMM untuk beri keterangan. Saya bawakan skrip asal drama ini. Daripada segi hukum memang salah kerana mewujudkan adegan tersebut. Namun skrip dan intrepstasi adalah dua perkara berbeza.

“Saya tidak boleh komen lanjut tentang siasatan tersebut.

“Tayangan drama ini juga belum pasti kerana pihak produksi dah melangggar dateline. Tunggu sahaja tarikh tayangan sebenar drama ini,” ujarnya.

Sementara itu Erma juga meluahkan rasa sedih dengan sikap masyarakat yang dianggap hipokrit apabila suka melihat sesuatu yang buruk berbanding perkongsian yang mendatangkan kebaikan.

Zul Ariffin telah memohon maaf susulan video yang dimuat naik

“Bila kongsi sesuatu yang tidak elok, laju ia menjadi viral.

“Tetapi apabila cerita tentang kebaikan, susah nak dapat perhatian. Susah orang nak kongsi semula.

“Jadi janganlah terlalu hipokrit hendak hentam saya apabila terjadi kes sebegini,” jelasnya.

Isu babak panas Zul tercetus pada Jumaat lalu apabila aktor itu berkongsi klip memperlihatkan aksi ghairahnya bersama pelakon baharu Siti Hariesa.

Perkara ini juga mendapat perhatian Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (K-Kom) dan Zul juga telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SKMM.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber : Trending sangat

Be the first to comment on "Siar Adegan Tak Berm0ral, Finas Bagitahu Tindakan Yang Boleh Di Ambil Buat Erma Fatima Tak Senang Duduk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*