Nampak Elok Je Bertudung, Ramai Harap Reen Rahim Kekal Berhijab Bila Balik Malaysia Nanti

Perkongsian pelakon cantik, Reen Rahim ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah bersama ibu bapanya menarik perhatian netizen dalam Instagram apabila rata-rata suka melihat penampilannya yang sopan dan menutup aurat.

Malah, gara-gara tampil dengan imej Muslimah, ramai peminatnya berharap agar Reen terus kekal dengan imej tersebut (berhijab) sekembalinya ke tanah air nanti.

Foto: IG

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik Reen ketika berada di tanah suci Mekah sejak 4 Mac lalu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu dihujani komen-komen positif daripada peminatnya yang menyifatkan dirinya kelihatan lebih cantik dan manis apabila berhijab.

Terdahulu, satu perkongsian pemilik nama lengkap Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, dalam Instagram berlatarkan Bukit Uhud di Madinah, memancing perhatian peminatnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

“Alhamdulillah hari terakhahir di Madinah. Tolong doakan kami semua jemaah di sini diberikan kesihatan dan kekuatan. Amin,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian itu sekali gus mendapat pujian peminat apabila memuji penampilannya dan berharap supaya Reen kekal istiqamah berhijab.

“Cantik kakak (Reen) pakai sebegini. Cantik sangat. Sudahlah muka cantik, pakai pula sopan. Sangat sempurna,” komen seorang pengikutnya.

“Ya Allah, kau kekalkanlah penampilan reen Rahim menutup aurat dengan sempurna apabila pulang ke tanah air nanti,” doa seorang lagi peminatnya.

“Sejuk hati tengok Reen bertudung. Bertambah comel,” kata seorang netizen.

Sementara itu, Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, yang masih berada di Mekah ketika dihubungi Kosmo! Online menerusi WhatsApp enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut namun berharap supaya peminat mendoakan yang baik-baik untuknya.

“Maaf, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya mohon doakan yang baik-baik sahaja,” katanya yang akan pulang ke Malaysia pada 16 Mac nanti (esok).

Dalam pada itu, Reen turut menzahirkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah SWT bersama kedua-dua orang tuanya dan melihat sendiri keindahan Kota Mekah.

“Saya sangat bersyukur. Allah SWT jemput saya dan kedua-dua orang tua untuk lihat sendiri betapa indahnya suasana di Mekah. Alhamdulillah,” katanya.

Dalam pada itu, mengimbau semula perjalanannya mengerjakan umrah, Reen berkata, pada mulanya dia hanya mahu menghantar ibu bapanya sahaja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

“Jujur kalau ikutkan saya cuma mahu menghantar mereka ke lapangan terbang sahaja, tetapi entah macam mana hati ini terdetik dan Allah gerakkan saya untuk sama-sama pergi menemani keluarga,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber : CARI

Be the first to comment on "Nampak Elok Je Bertudung, Ramai Harap Reen Rahim Kekal Berhijab Bila Balik Malaysia Nanti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*