Sharnaaz puji nyanyian Shila Amzah, netizen usik – “Cinta bertaut kembali?”

Pelakon Sharnaaz Ahmad memuji persembahan kumpulan SOG dan Shila Amzah menerusi nyanyian lagu Pelukan Angkasa pada Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) yang berlangsung malam tadi.

Menerusi beberapa ciapan di laman Twitter, Sharnaaz menyifatkan lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamudin itu mempunyai susunan muzik yang luar biasa.

Sharnaaz berkata sekiranya lagu itu tidak berjaya mendapat sebarang trofi, program AJL lebih baik dibubarkan sahaja sekali gus tidak perlu dipertandingkan lagi.

Bagaimanapun selepas lagu Pelukan Angkasa dinobatkan sebagai juara, dia seolah-olah berpuas hati dengan keputusan tersebut selain mengucapkan tahniah kepada Shila dan kumpulan SOG.

“Done, tak perlu bubar #AJL36. Tahniah Sha (nama panggilan Shila Amzah) dan SOG,” tulisnya yang popular dipanggil sebagai Mamu.
Berikutan sokongan padu ditunjukkan kepada finalis itu, netizen tidak semena-mena mengaitkan Sharnaaz dan Shila berhubung kisah lama yang pernah terjadi antara kedua-dua selebriti berkenaan.

Rata-rata mengusik pelakon tersebut soal hati dan cinta apatah lagi masing-masing sudah memegang status bapa dan ibu tunggal anak satu.

AJL36 yang dikendalikan oleh Alif Satar dan Nabila Huda disiarkan di TV3 dan Youtube TV3 Malaysia dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Sumber: Twitter @SharnaazAhmad

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber :trendingkini

Be the first to comment on "Sharnaaz puji nyanyian Shila Amzah, netizen usik – “Cinta bertaut kembali?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*