Asyraf Khalid B0ngkar Perangai Sebenar DS Siti Nurhaliza Buat Ramai Terkejut!

Rata-rata peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza pasti mengenali anak-anak tirinya bersama Dat0′ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Sebelum pernikahan bersama Datuk Siti, Datuk K pernah berkahwin dengan Tengku Zawyah binti Tengku Izham pada 1990. Namun begitu, jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya mereka bercera1 pada tahun 2004. Hasil perkahwinan tersebut, Datuk K memiliki empat orang cahaya mata Mohd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Azief.

Anak yang sulung, Mohd Anas Zawawi merupakan seorang hali perniagaan. Anas telah berkahwin kepada anak Dato’ Sri Hisyamuddin Tun Hussein iaitu Nasha Alyssa. Manakala Adib pula ialah seorang CEO Tune Music yang merupakan anak syarikat kepada Tune Group. Adib juga merupakan rakan kongsi Tan Sri Tony Fernandes dan Dato’ Sri Kamarudin Meranun.

Adib selamat bernikah dengan aktres jelita, Izara Aisyah pada 17 November 2017. Ashraf pula merupakan Ketua Pegawai Eksekutif A Klasse serta pengasas organisasi Generasi Bersatu Malaysia(GBM). Asyraf juga adalah pengarah eksekutif SimplySiti. Asyraf bernikah dengan selebriti cantik Indonesia, Tya Ariffin atau nama sebenarnya Nutria Wulandari Ariffin.

Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki comel bernama Arif Jiwa. Manakala anak yang bongsu, Azief kini masih belajar di universiti Oxford.

Ramai yang tertanya-tanya  hubungan Datuk Siti Dengan Anak Tirinya

Menurut Datuk Siti hubungan mereka baik-baik sahaja, malah Datuk Siti juga baik dengan bekas isteri Datuk K, Tengku Zawyah. Terbaru, menerusi Instastory, Ashraf berkongsi beberapa pertanyaan netizen mengenai dirinya dalam ‘ Ask me a question’. Antaranya adalah soalan yang berkaitan dengan ibu tirinya, Datuk Siti dan anaknya, Arif Jiwa.

Apa yang menariknya, Ashraf mendedahkan dia tidak pernah kena marah dengan Datuk Siti tetapi pernah kena ‘sound’ kerana menggunakan kereta Datuk Siti tanpa kebenaran. Menurut Asyraf lagi, Datuk siti merupakan seorang yang baik, penyayang dan penyabar. Tak pernah nampak Datuk Siti menengking dan marah.

Di sini, kami kongsikan lagi beberapa soalan yang dijawab oleh Asyraf di Instastory. Ramai sedia maklum ibu kepada Siti Afiyah dan Mohd Afwa ini seorang yang berpewatakan lembut, sopan santun dan penyayang. Tetapi beliau juga seorang insan biasa yang mempunyai hati dan perasaaan.

 

Sumber : Instagram Asyraf Khalid

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber :mediamalaysia

Be the first to comment on "Asyraf Khalid B0ngkar Perangai Sebenar DS Siti Nurhaliza Buat Ramai Terkejut!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*