Selepas 7 Hari Menimang Cahaya Mata Pertama, Akhirnya Ernie Dan Syamel Kongsi Nama Anak

SELEPAS tujuh hari menimang cahaya mata pertama, pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel mengumumkan nama untuk anak perempuan mereka itu.

Menerusi Instagram, pasangan ini berkongsi nama penuh anak mereka iaitu Nur Khawla Soleha.

“Assalamualaikum. Welcome to the world, Nur Khawla Soleha.

“Semoga menjadi anak solehah daddy dan ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah SWT. Panggil saya Khawla,” tulis Ernie.

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi lagu Boneka ini turut memuat naik foto memperlihatkan genggaman tangan mereka bertiga.

ernie 2

Ernie umum nama anak sulung.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan memuji pemilihan nama kepada bayi tersebut.

Malah, rakan artis turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga Khawla membesar menjadi anak yang taat kepada kedua ibu bapanya.

Semoga menjadi anak solehah daddy dan ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah SWT

ERNIE ZAKRI

PENYANYI

“Khaula seorang srikandi yang hebat dan Allah rakamkan kisahnya di dalam Al-Quran. Wanita ini disegani oleh Saidina Umar ketika menjadi khalifah, beliau tidak akan beredar selagi Khaula belum habis memberi maklum balas.

“Nama yang sangat indah. Subhanallah! Selamat datang Khawla Soleha. Cantik sungguh nama seindah makna.

ernie 1

Ernie, Syamel doa Khawla jadi anak solehah.

“Sedap nama Khawla, semoga menjadi anak solehah, penyejuk mata ayah dan bonda,” tulis pengikut.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga di Masjid Puncak Alam, Selangor pada 22 Mac tahun lalu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Selepas 7 Hari Menimang Cahaya Mata Pertama, Akhirnya Ernie Dan Syamel Kongsi Nama Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*