Nelissa Nizam Beri Sebab Kenapa Mesr4 Sangat Dengan Zul Ariffin Di Instagram – “Kami Tak Berleb1han Pun Sebab..,”

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapakah pelakon Nelissa Nizam kerap memuat naik gambar mesr4nya dengan aktor popular Zul Ariffin di Instagram?

Tidak hanya itu, ramai juga yang ingin tahu adakah Nelissa dan Zul Ariffin sedang menjalinkan hbungan cinta dalam diam?

Rupanya, perkongsian gambar-gambar tersebut tidak lebih sekadar untuk mempromosikan sebuah drama bersiri baharu yang menggandingkan mereka berdua sebagai pelakon utama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nelissa Nizam (@nelissanizam)

Nelissa berkata, perkongsian tersebut dilakukan kerana drama berkenaan bakal bersiaran dan menemui penonton tidak lama lagi.

“Sebenarnya perkongsian berkenaan tidak lebih hanya nak beritahu penonton yang drama kami itu bakal bersiaran tidak lama lagi. Saya akui memang ada yang tegur 4ksi mesr4 kami. Namun, ia hanyalah babak-babak ketika penggambaran.

“Bagi saya, kami tak berlebih4n pun sebab semuanya sebab watak. Selepas empat bulan shooting, baru kami upload sikit-sikit bagi tujuan pemberitahuan bahawa drama lakonan kami akan bersiaran kelak,” katanya.

Nelissa ditemui ketika majlis tayangan perdana filem The Disappearance Of Irdina Adhwa yang berlangsung di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, Selangor pada baru-baru ini.

Sebelum ini, video promosi drama terbaharu lakonan Nelissa dan Zul Ariffin menarik perhatian netizen di laman sosial.

Melanjutkan bicara, Nelissa berkata, dia sangat suka bekerja dengan Zul dan menyifatkan aktor berkenaan sebagai seorang yang baik.

“Seronok bekerja dengan Zul Ariffin kerana dia seorang yang baik. Tambahan pula, dia sangat pemurah dan selalu belanja kami di set penggambaran. Selain itu, dia juga kerap buat lawak dan menjadikan suasana kerja menyeronokkan.

“Disebabkan ini merupakan pengalaman pertama saya membawakan watak utama, jadi Zul banyak memudahkan kerja. Sungguhpun sudah habis penggambaran, namun kami tetap bertanya khabar dan keep in touch,” katanya lagi.

 

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber :/www.motifviral.dnqj.my

Be the first to comment on "Nelissa Nizam Beri Sebab Kenapa Mesr4 Sangat Dengan Zul Ariffin Di Instagram – “Kami Tak Berleb1han Pun Sebab..,”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*