“Macam Lah Korang Ambik Gambar Tkpernah Buka…” Netlzen “backup” Wawa Zainal Selamba Di Tempat Sesak Tk Pakai Pelitup Muka

Nama pelakon dan usahawan terkenal iaitu Wawa Zainal telah menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas dia memuat naik satu video memaparkan dirinya tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Catwalk tak pakai mask

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok memperlihatkan Wawa Zainal sedang melakukan ‘catwalk’ di hadapan sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu kota Kuala Lumpur. Wawa yang menggayakan busana berwarna hitam dan berjalan seperti seorang model itu dipercayai sedang melakukan photoshoot.

Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakan Wawa yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam meskipun pada ketika itu kawasan tersebut kelihatan agak sesak. Sementara di ruangan kapsyen TlkTok, Wawa meminta orang ramai meneka di manakah lokasinya itu.

Teka Wawa di mana.
Netlzen mulaPerli

Menjawab ‘teka-teki’ tersebut, netizen sempat memerli bahawa Wawa berada di planet lain memandangkan dia tidak memakai pelitup muka. Tidak terhenti di situ, mereka juga mengatakan mungkin Wawa bukan berada di negara Malaysia. Hal ini kerana, di Malaysia, setiap rakyat diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam.

Namun ada segelintir netizen mendakwa Wawa hanya membuka pelitup mukanya saat bergambar sahaja dan selepas itu dia akan memakai semula pelitup muka tersebut.

Video yang dikongsikan Wawa telah mendapat hampir 990k tontonan dan kebanyakan netizen saling menasihati supaya sama-sama mematuhi SOP yang ditetapkan semasa di tempat awam dengan menjaga keselamatan diri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial supaya dapat memutuskan rantaianCovldl9.

Respon netizen

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber : Ohbulan

Be the first to comment on "“Macam Lah Korang Ambik Gambar Tkpernah Buka…” Netlzen “backup” Wawa Zainal Selamba Di Tempat Sesak Tk Pakai Pelitup Muka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*