“Nak Apa Lagi Tak Tau” Lega Sah Berpisah, Amirah Elrah Dedah Apa Suami Buat Sepanjang 3 Tahun.

Hujung tahun lalu, hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga usahawan Nur Amirah yang mend4kwa namanya dibuang dari syarikat Elrah Exclusive.

Difahamkan, selepas tiga tahun, barulah semuanya terbongkar. Amirah turut meluahkan berharap agar dirinya dilepaskan oleh si suami kerana tiada guna pun untuk bersama lagi serta mahu memulakan hidup baru.

Amirah mengakui dia memberi sepenuh kepercayaan kepada suaminya untuk menguruskan perniagaan sementara dia memberi perhatian kepada anak-anak.

Namun, tidak menyangka dianaiya oleh suaminya dan menyifatkan dirinya seperti anak patung dan tidak boleh menerima diperlakukan sedemikian.

Lebih merumitkan lagi apabila Amirah mend4kwa suaminya seolah enggan bekerjasama untuk berpis4h dan melepaskannya.

Katanya lagi, jika dia tidak minta untuk berpisah, sampai mati dia ditipu. Ujarnya, sudahlah haknya di ambil tetai tidak mahu melepaskannya.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story semalam Amirah memuat naik perkembangan terbaru selepas hampir setahun turun naik mahkamah dan beberapa kali ditunda usahawan itu mengesahkan sudah berpisah secara rasmi dan berubah status.

SUMBER: Kisah Dunia, gulapop

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber :https://liveconnection24.com/

Be the first to comment on "“Nak Apa Lagi Tak Tau” Lega Sah Berpisah, Amirah Elrah Dedah Apa Suami Buat Sepanjang 3 Tahun."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*