Syafie Naswip pening layan kerenah orang tamak, ulang kali minta bantuan – “Kesian individu yang betul-betul memerlukan”

PELAKON Syafie Naswip kesal apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap bantuan wang tunai yang dihulurkan dengan cuba meminta berulang kali.

Shafie atau nama sebenarnya Mohd Syafie Naswip, 29, berkata, tindakan itu dilihat seolah-olah menafikan hak orang lain yang turut berdepan kesusahan.

“Individu tu menghubungi saya melalui WhatsApp dan kemudian berikan nombor akaun bank sama seperti yang pernah saya bantu sebelum ini.

“Pada saya benda ni normal memang akan ada orang yang akan cuba cari peluang untuk mengambil kesempatan, ” ujarnya kepada mStar.

Syafie berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam menghulurkan bantuan supaya tidak terpedaya dengan individu yang dianggap tamak.

syafieeee

Perkongsian Syafie di Instastory miliknya.

Pelakon telefilem Demi Tuhan Aku Bers4ksi ini menjalankan misi bantuan kepada golongan susah sejak seminggu lalu bersama Team Chilhood Actor.

“Sekarang ni saya akan tapis siapa individu yang betul-betul layak dan memerlukan bantuan sebab tak mahu benda ni berlaku lagi.

Sekarang ni saya akan tapis siapa individu yang betul-betul layak dan memerlukan bantuan

SYAFIE NASWIP

PELAKON

“Saya ada tegur dalam Instagram semalam. Saya harap orang ada common sense sikit dan berfikir panjang, kesian kepada individu yang betul-betul memerlukan, ” ujarnya.

Syafie berkata, sehingga kini dia sudah berjaya menghulurkan bantuan kepada 109 individu dan keluarga terjejas.

syafie

Syafie telah membantu 109 keluarga yang terjejas.

“Alhamdulillah 109 keluarga telah dibantu hasil jualan barang terpakai saya dan Kanan-kawan.

Sebelum ini menerusi laporan mStar, Syafie membuat keputusan melelong trofi yang dimenanginya sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM25).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.mstar.com.my/

 

Be the first to comment on "Syafie Naswip pening layan kerenah orang tamak, ulang kali minta bantuan – “Kesian individu yang betul-betul memerlukan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*