Bakal pengantin risau tak boleh tinggal bantal busuk! Lunyai, tak boleh diselamatkan sebab dah 19 tahun guna – “Saya minta mak jangan cerita, nanti malu”

PASTI ada dalam kalangan kita yang sukar untuk berenggang dengan bantal busuk masing-masing.

Begitu juga dengan wanita berusia 25 tahun ini apabila dia masih tidak mampu untuk membuang tabiatnya itu.

Menurut Intan Normala Mohd Norman, sudah 19 tahun dia menggunakan bantal busuk itu sehingga keadannya hampir hancur dan terpaksa dilekatkan menggunakan pin.

“Saya mula menggunakan bantal busuk itu ketika masih kecil. Sekarang, dah tak ada rupa bantal. Ia sensitif, tak boleh kasar-kasar.

“Maksudnya, tak boleh nak tarik kuat-kuat sebab dah hampir hancur. Sebab dah tak boleh jahit, saya terpaksa gunakan pin,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Intan, dia mengakui pernah beberapa kali berusaha untuk membuang tabiat tidur menggunakan bantal busuk, namun tak berhasil.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Malah katanya, bantal itu juga akan dibawa ke mana sahaja termasuklah ketika bercuti bersama rakan-rakannya.

“Saya suka pegang bantal tu, kena letak di muka, kemudian baru tidur. Pernah juga cuba nak tinggalkan, letak kat mana-mana, tapi tak boleh tidur.

Kisah mengenai bantal busuk itu turut dietahui oleh bakal suami Intan, gara-gara diceritakan oleh ibunya sendiri.

“Pergi ke mana-mana pun saya akan bawa. Pergi travel dengan kawan misalnya. Tahun lepas kami ke Cameron Highlands.

“Kawan pun tengok pelik. Mereka tegur dalam nada bergurau. Kalau perjalanan jauh dengan kereta pun saya akan bawa bantal busuk tu,” ujarnya berseloroh.

Intan yang menetap di Kuala Selangor, Selangor, berkata, sukar untuk dia membayangkan sekiranya bantal itu dibuang oleh mana-mana ahli keluarganya.

Ayah pun pernah bising. Dia kata, dah nak kahwin, patutnya dah kena buang.

INTAN

Malah, dia turut berkongsi video mengenai ‘harta karun’ itu di aplikasi TikTok dan menerima pelbagai reaksi berbeza netizen.

“Saya kongsi video bantal busuk di Twitter. Ada yang kata, mereka pun ada bantal busuk tapi malu nak tunjuk kepada orang.

“Banyak komen lucu-lucu. Ada juga yang tertanya-tanya, sebab usia saya dah 25 tapi masih ada bantal busuk.

“Mereka tertanya-tanya, macam mana boleh jadi seteruk ini,” ujar anak ke-12 daripada 13 beradik itu.

Paling risau kata Intan, dia dijangka menamatkan zaman bujangnya pada Disember ini.

Intan dan bakal suaminya.

Namun katanya, kisah mengenai bantal busuk itu turut dietahui oleh bakal suaminya, gara-gara diceritakan oleh ibunya sendiri.

“Tunang tahu, bakal mentua pun tahu. Dulu masa tunang saya datang ke rumah, mak saya ceritakan kepada dia.

“Saya dah kata kepada mak, janganlah cerita, nanti malu. Mak siap keluarkan bantal tu, tergelak-gelak tunang saya. Dia pun terkejut.

“Ayah pun pernah bising. Dia kata, dah nak kahwin, patutnya dah kena buang. Tapi memang tak boleh, susah nak tidur kalau tiada bantal tu.

“Saya pun tak jumpa lagi cara bagaimana nak tinggalkan bantal ni. Harap-harap biarlah saya sendiri, bukan orang lain yang buang,” jelas Intan yang juga kakitangan sebuah restoran makanan segera di Puncak Alam.

Jelas Intan, ibunya turut mempunyai tabiat itu, namun melibatkan bantal peluk.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.mstar.com.my/

 

Be the first to comment on "Bakal pengantin risau tak boleh tinggal bantal busuk! Lunyai, tak boleh diselamatkan sebab dah 19 tahun guna – “Saya minta mak jangan cerita, nanti malu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*