Peminat bimbang Syafiq Farhain pakai baju hospital di pusat kuarantin, rupa-rupanya bertugas ‘sanitize’ ambulans bawa pes4kit C0vid-19

PERKONGSIAN penyanyi Syafiq Farhain di Instastory yang memperlihatkan dirinya berada di pusat kuarantin Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Maeps) dengan memakai pakaian hospital menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Bagaimanapun Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, menjelaskan dia ditugaskan untuk melakukan sanitasi setiap kenderaan yang membawa pes4kit C0vid-19 di pusat kuarantin itu.

“Saya berada di Maeps bukan sebab kena jalani kuarantin tapi saya bertugas di sini. Hari ini hari pertama saya bertugas bersama team seramai lima orang.

Syafiq salah seorang anggota bomba yang ditugaskan di pusat kuarantin Maeps.

“Kami ditugaskan untuk sanitize semua kenderaan yang membawa pes4kit C0vid-19. Macam hari ini, saya bertugas 24 jam dari pukul 9 pagi hingga 9 pagi, esok.

“Untuk sesi pagi ini, tak banyak kenderaan yang masuk tapi mungkin petang nanti baru banyak. Sebab katanya selalu dalam sehari ada 100 hingga 200 kenderaan bawa pes4kit C0vid,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, penyanyi lagu Kau Bidadari itu berkongsi video dia berada di pusat kuarantin Maeps menerusi laman Instastory miliknya pada Isnin.

Memang risiko besar sebab kami terdedah sangat dengan virvs C0vid-19.

SYAFIQ FARHAIN

PENYANYI

Untuk rekod, Syafiq pernah disahkan p0sitif C0vid-19 pada Februari lalu selepas mengalami rasa tidak sihat badan dan mengambil keputusan melakukan ujian saringan.

Dalam pada itu, Syafiq yang juga anggota bomba di Balai Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya mengakui dia dan rakan-rakan berdepan risiko j4ngkitan virvs itu.

Menurut Syafiq, biarpun memakai memakai pakaian perlindungan diri (PPE) namun mereka tetap perlu melakukan persediaan lebih.

Syafiq pernah dij4ngkiti C0vid-19 pada Februari lalu.

“Memang risiko besar sebab kami terdedah sangat dengan virvs C0vid-19. Kami kena santize setiap ambulans, bas atau apa saja kenderaan yang bawa pes4kit C0vid-9.

“Jadi, memang kena lebih persiapkan diri… risau dij4ngkiti tapi paling risau kalau kita yang jadi pembawa virvs itu. Walaupun dah pakai baju PPE lengkap dan ikut SOP, tapi kemungkinan untuk dij4ngkiti itu masih ada.

“Sebab nak pakai baju PPE tu ada cara dan nak buang baju itu pun kena ikut cara yang betul. Kalau salah cara sikit, kemungkinan besar boleh dij4ngkiti virvs itu,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.mstar.com.my/

 

 

Be the first to comment on "Peminat bimbang Syafiq Farhain pakai baju hospital di pusat kuarantin, rupa-rupanya bertugas ‘sanitize’ ambulans bawa pes4kit C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*