“Hal Masyarakat Bukan Mainan” – Bront Palarae

Isu politik kian rancak menjadi bualan netizen di media sosial, dan ada yang menggalakkan artis tempatan untuk turut bertanding dan menyertai parti politik.

Apatah lagi ramai dikalangan rakyat merasakan segelintir selebriti tanah air lebih dekat dengan masyarakat, berbanding ahli politik atau parti politik itu sendiri.

Hal Masyarakat Bukan Mainan

Berdasarkan petikan aktor veteran, isu masyarakat tidak boleh dibuat main apatah lagi mahu selebriti pilihan untuk menyertai dunia politik. Bukan mudah untuk mencari individu yang bijak untuk memimpin rakyat secara adil dan saksama.

Foto – Twitter Bront Palarae

“Hal masyarakat bukan ‘mainan’, jangan dimain-mainkan. Kami nak pemimpin, bukan nak memimpin. Tengah mencari dan menilai. Jangan rugikan parti sokongan anda dengan tindakan sebegini. Ramai yang baca ini.” Ciapnya di Twitter

Tidak kira siapapun calon atau parti politik yang ingin dipilih bagi memimpin masa depan negara, pilihlah yang benar-benar mengambil berat hal ehwal rakyat dan nilai sendiri pilihan tersebut.

Masyarakat harus lebih bijak berfikir dan bukannya mengikut trends semata-mata, apatah lagi bukan mudah untuk menjadi pemimpin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://murai.my/

 

Be the first to comment on "“Hal Masyarakat Bukan Mainan” – Bront Palarae"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*