Pandai peminat Khai Bahar ini ‘berlakon’ nyanyi suara teruk sampai ramai tertipu, padahal vokal sebenarnya boleh pergi jauh!

VIDEO prank nyanyian sumbang oleh jejaka ini ternyata mengelirukan netizen.

Pada awal video, ramai menyangka Muhammad Isma Azmawi Abdul Wahid tidak boleh menyanyi sehingga ada yang mengutuk suara sumbangnya.

Namun pada akhir video, jejaka berusia 19 tahun itu mengubah suara sumbang itu kepada suara sebenarnya, sekali gus membuktikan bahawa dia boleh menyanyi dengan baik.

Mesra disapa Isma, dia sendiri terkejut apabila video cover lagu Malam Semakin Dingin oleh kumpulan Spin itu meraih lebih 100,000 tontonan dalam masa singkat.

Bagaimanapun dia mengakui ramai sebenarnya netizen yang tertipu dengan video itu.

“Saya sebenarnya boleh menyanyi. Cuma saja seronok-seronok buat suara teruk. Sebenarnya ada rakaman penuh yang proper.

“Tapi saya nak buat kelainan. Saya upload video nyanyian suara sumbang. Memang ramai yang terhibur. Ada yang kata saya sebenarnya boleh pergi jauh.

Isma kini masih lagi dalam proses belajar bermain gitar.

“Ada juga komen toksik yang negatif. Dia kata, suara awal yang sumbang dengan suara sebenar saya sama saja, tiada beza… tapi saya pandang yang positif saja.

Saya bercita-cita untuk jadi pensyarah atau pegawai Kagat.

ISMA

“Video itu saya rakam pada Sabtu tengah hari. Lepas Maghrib hari sama, saya terkejut tengok view naik mendadak, ini kali pertama viral,” ujarnya kepada mStar.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia sebenarnya minat menyanyi sejak kecil lagi, malah mula menghasilkan cover lagu sejak tingkatan lima.

Selain itu, dia juga masih dalam proses belajar bermain gitar dan menjadikan perjalanan seni penyanyi Khai Bahar sebagai inspirasinya.

“Saya mula buat cover sejak sekolah. Tapi memang dari kecil saya suka menyanyi. Pernah juga masuk pertandingan nasyid masa sekolah rendah.

“Di sekolah menengah, kalau ada Hari Guru misalnya, kawan-kawan akan petik nama minta saya menyanyi. Cikgu pun ada yang minta.

“Sekarang masih lagi belajar gitar. Tapi saya sangat suka Khai Bahar. Dia dulu pun bermula dengan buat cover lagu saja,” ujarnya yang menetap di Manjung, Perak.

Isma mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islamik.

Kata Isma, dia tak men0lak rezeki seandainya menerima tawaran dalam bidang nyanyian.

Namun, dia yang kini dalam proses untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya turut mempunyai cita-cita lain yang diimpikan sejak dulu lagi.

“Kalau ada rezeki, kita terima saja. Dulu pun pernah simpan hasrat nak jadi penyanyi. Saya minat nasyid, genre lain seperti lagu jiwang pun minat juga.

“Sekarang saya tengah tunggu nak sambung belajar. Kalau boleh nak belajar dalam bidang Pengajian Islamik.

“Saya bercita-cita untuk jadi pensyarah atau pegawai Kagat (Kor Agama Angkatan Tentera).

“Ramai juga yang minta saya buat video cover lagi. InsyaAllah kalau ada kelapangan saya akan hasilkan lagi,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.mstar.com.my/

 

Be the first to comment on "Pandai peminat Khai Bahar ini ‘berlakon’ nyanyi suara teruk sampai ramai tertipu, padahal vokal sebenarnya boleh pergi jauh!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*