“Macam Pintu Masuk Neraka” Rakaman Video Api Besar Di Tengah Tengah Laut Yang Susah Untuk Dipadamkan

Insiden kebocoran saluran paip gas dasar laut meng4kibatkan berlaku kepulan asap seperti lava gunung berapi di tengah laut teluk Mexico.

Kebakaran api itu tercetus di perairan barat semenanjung Yucatan sejak Jumaat lalu,

Kebakaran luar biasa juga berlaku di pelantar minyak Maloob Zaap syarikat minyak Mexico, Pemex.

Kebocoran pada waktu subuh itu dilaporkan bermula dari platform carigali minyak dan mengambil masa lima jam sebelum berjaya dikawal sepenuhnya.

SEC_85768047

Pada masa yang sama, saiz kerosakan alam sekitar yang berlaku berikutan insiden itu belum dapat ditentukan.

Para pengkritik mendakwa insiden berkenaan menunjukkan penggerudian minyak di luar pesisir adalah kotor dan berb4haya.

Syarikat carigali minyak itu pula berkata, kapal kawalan kebakaran untuk mengepam lebih banyak air di atas api dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Angel Carrizales, selaku Ketua Regulasi Keselamatan Minyak ASEA di Mexico, menulis dalam ciapan Twitter bahawa kejadian itu “tidak menimbulkan tumpahan minyak di lautan”.

Pada masa yang sama, Carrizales tidak memperincikan apa yang sebenarnya terbakar di permukaan laut itu.

Namun laporan kejadian itu mengaitkannya mesin jentera turbo milik Ku Maloob Zaap terjejas akibat ribut dan hujan lebat.

Syarikat Pemex berjanji pihaknya akan menyiasat punca kejadian tersebut secara adil dan telus.

Pemex menghasilkan lebih daripada 40 peratus daripada 1.7 juta tong minyak mentah hariannya di Ku Maloob Zaap.-MalaysiaGazette

VIDEO:

Sumber : Malaysia Gazette

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/

 

Be the first to comment on "“Macam Pintu Masuk Neraka” Rakaman Video Api Besar Di Tengah Tengah Laut Yang Susah Untuk Dipadamkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*