Baiknya hati Elizabeth Tan… kongsi separuh pendapatan bantu orang susah – “Kalau tak dapat duit hari ni, saya janji secepat mungkin”

SIMPATI dengan keadaan masyarakat, penyanyi Elizabeth Tan membuat keputusan menghulvrkan separuh pendapatannya kepada golongan svsah.

Elizabeth atau nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei meminta individu yang berdepan kesukaran menghubunginya secara peribadi di Instagram.”Saya nak mencuba membantu sesiapa yang memerlukan. Jadi, saya membuat keputusan pada bulan ini, saya nak beri 50 peratus daripada hasil pendapatan saya untuk bantu.

Saya dah transfer duit kepada lebih 20 orang tapi tiba-tiba dah kena sek4t dengan bank.

ELIZABETH TAN
PENYANYI

“Kalau anda memerlukan bantuan, anda boleh DM nombor akaun anda. Saya tak boleh nak bantu semua orang, jadi saya harap semua orang berlaku jujur.

“Sebab banyak sangat keluarga yang tak cukup makan dan tolong jangan ambil hak mereka,” katanya.

Penyanyi berusia 27 tahun itu sebelum ini berkongsi video meluahkan hasratnya ingin membantu golongan yang dalam kesusahan menerusi laman Instagram.

Rata-rata peminat memuji sikap pemurah penyanyi lagu Semua Sudah ini yang sanggup berkongsi rezekinya dengan golongan memerlukan.

Elizabeth beri bantuan kepada lebih 20 individu.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk menghubungi Elizabeth bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara tersebut belum berhasil apabila penyanyi itu tidak membalas mesej yang dihantar.

Dalam pada itu, Elizabeth juga memberitahu dia sudah memindahkan wang kepada lebih 20 orang namun berlaku kesilapan teknikal yang menyebabkan transasi tersebut g4gal.

Elizabeth berkata, dia tetap berpegang pada janji untuk memind4hkan wang yang sepatutnya diberikan kepada individu terpilih secepat yang mungkin.

“Saya dah transfer duit kepada lebih 20 orang tapi tiba-tiba dah kena sekat dengan bank. Jadi, saya kena hubungi pihak mereka. Kalau tak dapat duit hari ini… saya janji, saya akan beri secepat mungkin dekat korang,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.mstar.com.my/

 

Be the first to comment on "Baiknya hati Elizabeth Tan… kongsi separuh pendapatan bantu orang susah – “Kalau tak dapat duit hari ni, saya janji secepat mungkin”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*