5 Pelakon Wanita Otai Yang Masih Dirindukan Peminat

Tiada lama tiada baru. Pepatah itu jelas menggambarkan betapa berh4rganya nilai individu otai tak kira dalam apa juga industri.

Kita kiranya beruntung memiliki seleksi pelakon otai yang masih aktif dalam bidang seni biarpun meniti usia emas.

Sama ada menerima pelbagai pengiktirafan sepanjang hay4t bergelar anak seni ataupun tidak, itu bukan hal tanda aras.

Yang penting, keberadaan mereka menjadi kompas buat artis baharu untuk menc0rakkan perjalanan karier seni mereka.

Gempak senaraikan beberapa pelakon wanita otai yang pernah bergemerlapan dan masih dirindui peminat sampai kini.

1. Wan Maimunah

Dramatis air mata ini satu dalam sejuta. Berikan apa sahaja wat4k pasti akan dijayakan sebaik mungkin.

Watak antagonis pasti dibenci, watak teraniaya pasti dipuji. Itulah ibu Wan Maimunah yang satu.

2. Ruminah Sidek

Ibu kepada Adlin Aman Ramlie itu antara figura yang disenangi dalam dunia seni tempatan.

Mesra dengan panggilan Mak Mah, pelakon yang pernah menghiasi beberapa naskhah antaranya Mira Edora, Puteri Gunung Ledang dan Redha itu masih dirindui kelibatnya hingga sekarang.

Mak Mah, 73, pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM-21 menerusi filem Pensil.

3. Normah Damanhuri

Lakonannya sebagai Wan Peah masih melekat dalam minda ramai orang hingga sekarang.

Normah, 66, merupakan ibu kepada model dan pelakon Ahya Rosli serta usahawan sensasi Kak KM.

Malah, Normah pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 1998 menerusi filem Jogho dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM25 menerusi filem Songlap.

4. Fauziah Nawi

Siapa tidak kenal dengan ibu Fauziah Nawi yang popular dalam pelbagai naskhah antaranya Pondok Buruk dan Daun Ketupat Kering.

Kemunculannya sering dinantikan terutama drama-drama serta telefilem sempena Aidilfitri.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2018 itu antara yang dirindui sehingga kini.

5. Delimawati

Tiada H4ntu Kak Limah maka tiadalah kelibatnya!

Alangkah rvginya mensia-siakan bakat yang ada pada anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu.

Mungkin senarai ini tidak lengkap dengan barisan pelakon wanita otai yang kita ada dalam industri sehingga kini.

Rosnah Mat Aris, Norlia Ghani, Khatijah Tan, Mak Jah, Aida Khalida, Kartina Aziz, Kismah Johar antara anak seni tak ternilai yang kita miliki.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment on "5 Pelakon Wanita Otai Yang Masih Dirindukan Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*