Belajar sampai Form 3, mampu kerja tempat tinggi! Operator kren syukur ada kelebihan ‘tak gayat’, selalu berpeluang lihat pemandangan luar biasa

RASA teruja mengatasi segala ket4kutan yang ada.

Demikian kata Ruhaza Azrul Helmi Rujohan, 27, yang sudah empat tahun bekerja sebagai operator kren menara atau pilot kren.

Menurut anak kelahiran Marang, Terengganu itu, dia yang sekadar suka-suka berkongsi perjalanan kerjanya di TikTok tak meny4ngka akan menj4di perh4tian ramai netizen sehingga meraih lebih 170,000 pengikut.

“Saya mula buat video melalui TikTok pada awal Ogos 2019. Saya suka rakam video, senang guna TikTok untuk masukkan lagu background, tak perlu svsah-svsah edit.

“Bila saya kongsi video, tak sangka jadi viral. Ramai yang tanya macam-macam soalan. Netizen nak tahu, apabila saya ada dalam kren, bagaimana saya makan, minum, solat, buang air kecil dan sebagainya.

“Saya kongsi saja yang mana boleh diceritakan,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Mesra disapa Emy, dia turut dihujani pertanyaan anak muda yang turut berminat menceburi bidang itu.

Setiap kerjaya pasti ada cabarannya yang tersendiri.

Mengimbas perjalanannnya kariernya, Emy mengakui dia sendiri tidak menamatkan pengajian sekolah menengah, namun percaya akan konsep rezeki dan kerja keras.

“Ramai anak muda yang private message (PM tepi). mereka minat nak masuk bidang ini. Jadi mereka tanya saya, bagaimana caranya, apa kelvlusannya?

“Saya pun sekolah sehingga tingakatan tiga saja. Yang penting kita kena rajin mencari kerja dan kena ikut saluran yang betul kalau nak masuk bidang ni.

“Dulu pada awalnya saya bekerja bawa eskavator, kemudian saya seronok tengok orang kendalikan kren. Dari situ saya mula belajar dan ambil lesen sebelum memulakan kerjaya dalam bidang ini pada 2017,” ujar bapa kepada dua cahaya mata itu.

Mula-mula belajar kendalikan kren, rasa teruja mengatasi rasa takut… tak rasa gayat EMY

Kata Emy, setiap kerja ada cabaran tersediri, namun dia juga bersyukur apabila dapat menceburi bidang yang diminatinya itu.

Jelasnya lagi, terbit satu peras4an syukur kepada Allah atas nikmat yang diberi tatk4la matanya ‘dijamu’ dengan pemandangan indah setiap kali bekerja di tempat tinggi.

“Kerja ni kena banyak sabar. Kadang-kadang tiada masa, susah nak berjanji dengan orang. Tapi kelebihannya bila duduk tempat tinggi, kita dapat saksikan view luar biasa.

Antara pemandangan yang dapat disaksikan ketika dia bekerja.

“Bila berada dalam kren, kita boleh s4ksikan matahari terbit dan terbenam. Kalau lepas hujan, kita dikelilingi kabus. Pemandangan tak sama dengan situasi bila kita berada di bawah. Indah ciptaan Allah.

“Yang penting jangan ada rasa gayat. Saya berasal dari Terengganu, tiada bangunan tinggi. Tapi bila saya mula-mula belajar kendalikan kren, rasa teruja mengatasi rasa takut… tak rasa gayat,” ujarnya berseloroh.

Emy merupakan anak jati negeri Terengganu.

Menetap di Balakong, Selangor, Emy turut menitipkan ucapan terima kasih kepada netizen yang sentiasa menyokong perkongsian video miliknya.

Malah kata Emy, dia bersyukur apabila sering dihujani dengan kata-kata semangat dan komen positif netizen yang mendoakan segala urusan pekerjaannya.

Selain kerjaya hakiki itu, Emy turut mengusahakan perniagaan sate untuk mencari pendapatan sampingan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber :https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "Belajar sampai Form 3, mampu kerja tempat tinggi! Operator kren syukur ada kelebihan ‘tak gayat’, selalu berpeluang lihat pemandangan luar biasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*