Ramai tak pu4s h4ti NouruI nak IeIong cincin nikah, tak hargai ‘sentimentaI vaIue’ – “Nak sayang buat apa… Iama tak pakai nanti jadi haram”

SAYANGANYA! Mesti banyak kenangan… lebih baik simpan, demikian reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan keputusan penyanyi Nourul Wahab untuk menjual cincin perkahwinan menerusi pernikahan pertamanya dengan komposer Ajai kira-kira 25 tahun lalu.

Bagaimanapun menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 44, tiada keperluan untuknya terus menyimpan barang kemas tersebut kerana ia tidak digunakan lagi sejak berpisah dengan Ajai pada 2007.

“Nak simpan buat apa? Kenangan untuk apa? Nak sayang buat apa cincin lama ni?

“Cincin legend ni saya dah lupa, lama tersimpan dalam almari. Saya tak pakai lagi dah sejak 2007.

“Simpan cincin Emas tapi kalau tak pakai, nanti jadi haram. Jadi lebih kita jual supaya orang pakai dan duit tu boleh buat sumbangan,” ujarnya kepada mStar.

Perkongsian Nourul di Instagram miliknya.

Terdahulu Nourul berkongsi gambar sebentuk cincin emas bertatah berlian di Instagram sambil menyatakan hasil jualan cincin berkenaan akan digunakan bagi tujuan amal.

Mengulas tentang saranan pengikutnya agar menghadiahkan cincin berkenaan kepada anak gadisnya, Ayu Nazirah yang kini sudah berusia 23 tahun, Nourul berkata dia terlebih dahulu memikirkan tentang hal tersebut.

 

Cincin legend ni saya dah lupa, lama tersimpan dalam almari. Saya tak pakai lagi dah sejak 2007.

NOURUL WAHAB

PENYANYI

“Sebelum nak jual saya ada tanya… Ayu nak pakai cincin macam tu? Dia beritahu taknak. Saya pula tak minat emas.

“Saya tak boleh (kurang kemampuan) nak bantu orang sangat, jadi kalau ada benda yang kita boleh usahakan… kita bantu la. Tiada sentimental value pun benda tu, jadi simpan buat apa?” katanya.

Cerita Nourul dia menemukan cincin berkenaan ketika sedang mengemas rumah sebelum berpindah ke Indonesia tidak lama lagi.

“Seperti biasa sebelum nak berhijrah negara ni, saya mengemas barang. Asingkan mana yang tinggalkan di Malaysia dan mana nak bawa.

“Masa tu la terjumpa cincin tu. Saya akan berpindah ke Indonesia pada pertengahan Julai, visa semua dah lulus,” katanya.

Untuk rekod Nourul mendirikan rumah tangga dengan Ajai atau Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Nourul dan keluarganya akan berpindah ke Indonesia pada pertengahan Julai.

Hasil perkahwinan pertama Nourul dan Ajai mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ayu Nazirah.

Kemudian, Ajai mendirikan rumah tangga bersama Norliza Ilias pada 15 Ogos 2009 manakala Nourul pula bernikah dengan Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.

Nourul dan Eric kemudiannya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella yang baru berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Ramai tak pu4s h4ti NouruI nak IeIong cincin nikah, tak hargai ‘sentimentaI vaIue’ – “Nak sayang buat apa… Iama tak pakai nanti jadi haram”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*