“Mungkin Ada Sebab Allah Tak Bagi Lagi” -Sudah 13 Tahun Kahwin, Arash Mohd Reda Masih Belum Dikurniakan Zuriat

Sudah 13 tahun berkahwin dengan isteri tercinta, Noor Afidahwati Mohammad, pelakon Arash Mohd reda dengan takdir apabila belum lagi dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun, Arash berkata dia dan isteri sentiasa positif serta menganggap belum ada rezeki lagi meskipun pelbagai usaha sudah dibuat.

“Saya sudah 13 tahun berkahwin, tapi belum ada rezeki cahaya mata. Tapi alhamdulillah, kami pun sudah berusaha. Masing-masing okay, cuma tiada rezeki lagi.

“Kami macam biasa menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Setiap hari adalah bulan madu bagi kami berdua sebab tiada anak. Kami lalui normal saja.

“Kami rapat dengan semua anak saudara dan mereka pun rapat dengan kami. Tak pernah rasa kecil hati apabila ada yang tanya sudah berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. Tiada masalah pun.

Dalam pada itu, Arash berkata dia menerima ketentuan dan Allah lebih mengetahui segalanya. Ujarnya lagi, dia dan isteri akan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat.

“Alhamdulillah, saya dan isteri terima apa berlaku dan lalui sekarang. Kami selalu anggap belum ada rezeki. Mungkin ada sebab Allah tak nak bagi lagi. Mungkin juga ada sebab yang kita tak nampak sekarang.

“Insya-Allah pada masa depan baharu tahu. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Usaha tetap usaha, cuma hasilnya belum ada rezeki lagi,” katanya.

Sumber : Rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://www.terengganutv.bbn.my/

 

Be the first to comment on "“Mungkin Ada Sebab Allah Tak Bagi Lagi” -Sudah 13 Tahun Kahwin, Arash Mohd Reda Masih Belum Dikurniakan Zuriat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*