[VIDEO] Adik Beradik Gelabah Balik Bila K4ntoi Main Lvmpur, “Ingatkan Budak…”

Walaupun telah meningkat usia menjadi dewasa, itu tidak bermakna anda tidak akan melakukan perkara yang kebudak-budakan lagi. Sama macam yang dikongsikan ini tentang gelagat adik beradik yang seronok bermain lvmpur.

Ibarat seperti mengimbau kenangan semasa kecil dahulu, adik beradik ini dilihat seronok bermain lvmpur di satu kawasan bukit. Namun segalanya berubah apabila gelagat mereka diketahui oleh si ayah dan mereka cuba menyelamatkan diri dari dimarahi.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan ketiga-tiga lelaki itu seronok bermain lumpur di kawasan bukit. Mereka kemudian dilihat kelam kabut lari menyelamatkan diri apabila melihat kelibat si ayah yang muncul di situ.

Lebih mencuit hati, kesemua mereka yang kotor diselaputi lvmpur kelihatan gelabah dan takut segera pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Tiga adik beradik itu juga segera membersihkan diri sebaik saja tiba di rumah sambil melihat sekeliling sekiranya ayah mereka telah pulang.

Di ruangan komen, gelagat adik beradik ini turut menghiburkan netizen yang menonton. Ada juga yang menyangka adik beradik ini adalah sekumpulan kanak-kanak yang bermain lumpur pada awalnya. Tidak kurang juga yang faham dengan perasaan takut yang dialami mereka ini.

“Ingatkan budak-budak. Dah besar budaknya…”

“Kejap lagi kena bed4l la semua ni.”

“Aku ingatkan budak kecik.”

“Yang sorang tu nak panjat kena tinggal. Masalahnya semua dah besar.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HCL

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Adik Beradik Gelabah Balik Bila K4ntoi Main Lvmpur, “Ingatkan Budak…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*