Nak Keluar Tak Boleh, Sembang Dari Balkoni Rumah Jela Dik..

Bosannya! Tak tahu nak buat apa. Nak jumpa kawan tak boleh, nak main di luar pun tak boleh. Asyik duduk di rumah je.’ Berikut merupakan luahan hati kanak-kanak yang terpaksa duduk di rumah ketika negara sedang melaksanakan tempoh ‘l0ckdown’.

Seperti perkongsian seorang wanita di Twitter, anak perempuannya hanya berkawan dan berkomunikasi dengan jiran di hadapan rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan. Lebih menyedihkan, mereka hanya berkomunkasi melalui balkoni rumah sahaja.


Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai “suri rumah”, anaknya iaitu Hana dan Lisa akan bersembang dengan anak jirannya melalui balkoni. Menerusi video yang dirakam, kedua-dua anak kecil itu sedang rancak berbual mengenai watak Elsa dalam filem Frozen. Lebih tersentuh, masing-masing menunjukkan ‘crown’ yang dipakai di kepala. Bukan itu sahaja, mereka turut mempunyai patung totora yang sama.


Meskipun bersembang dalam keadaan yang jauh, Hana sempat menasihati rakannya itu supaya berhati-hati ketika berada di bahagian tingkap. Tambah “suri rumah” tersebut, anaknya akan mula bersembang pada waktu pagi. Sebagai ibu, dia berasa sedih dan terhibur melihat nasib dan gelagat kedua-dua anak kecil itu.

Rata-rata netizen tersentuh melihat gelagat kanak-kanak tersebut dan mendoakan agar wbak yang melanda dunia ini segera berakhir. Jelas netizen, semua lapisan masyarakat tidak mengira umur, agama mahupun bangsa terkesan dengan pndemik ini.

Sumber:OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my

 

Be the first to comment on "Nak Keluar Tak Boleh, Sembang Dari Balkoni Rumah Jela Dik.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*