Dic4bar Menyanyi Rap Sewaktu Terima Svntikan V4ksin, Caprice Berjaya Atasi F0bia Dengan Jarvm!

Gara-gara fobia dengan jarum, selebriti terkenal ini dicabar untuk menyanyikan lagu rap sewaktu menerima suntikan v4ksin C0vid-19 untuk mengalih perhatian dirinya yang merasakan terlalu takut akan jarum suntikan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa penyanyi rap, Caprice ini sebenarnya mempunyai fobia ketika menaiki kapal terbang dan ternyata takut dengan jarum suntikan.

Menyifatkan setiap individu mempunyai ketakutan atau fobia terhadap objek dalam keadaan tertentu, ketakutan dialami seseorang individu termasuk mereka yang mempunyai trypanophobia itu kadang-kala boleh dikategorikan ke tahap ekstrim.

Namun, menenangkan atau meredakan ketakutan dialami seperti penyanyi rap ini adalah menerusi bantuan orang sekeliling misalnya ahli keluarga atau jururawat yang bertugas sewaktu suntikan dijalankan bagi meyakinkan mereka bahawa pengambilan v4ksin itu adalah antara langkah pencegahan dan inisiatif tebaik untuk membina satu perlindungan kelompok daripada w4bak C0vid-19.

Memuat naik beberapa hantaran di laman Instagram, Caprice tampil b0ngkar situasi sebenar ketika dia cuba beranikan diri untuk atasi fobia yang dimilikinya dengan berdepan terhadap cabaran untuk hadir bagi menerima pengambilan v4ksin Covid-19.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut kerana pada awalnya tidak menyangka bahawa selebriti terkenal ini mempunyai sedikit komplikasi sewaktu ingin menerima svntikan.

Jika hanya melihat pada video pertama yang dimuat naik, mungkin reaksi Caprice tampak lebih tenang namun setelah diceritakan sendiri mengenai ketakutan yang dialami, orang ramai meluahkan rasa kagum selain memberi pujian kerana berani untuk mengatasi fobia yang dimiliki.

Menurut sumber laporan berita, fobia jarum suntik atau biasa dikenal sebagai trypanophobia bukanlah hal yang memalukan, bahkan, rasa takut secara berlebihan terhadap sesuatu yang berbentuk kecil dan tajam sebenarnya adalah hal yang w4jar.

Tidak hanya kanak-kanak sahaja yang mungkin mampu “menjerit” jika melihat akan jarum suntik, malah orang dewasa juga boleh mengalami ketakutan yang sama.

Jika seseorang sudah mengalami fobia jarum suntik, maka akibatnya adalah orang tersebut akan cenderung untuk menghindari bahkan menolak untuk datang menerima svntikan v4ksin Covid-19.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Caprice (@capriceofficial)

Sememangnya satu cabaran yang perlu diatasi untuk berdepan dan menenangkan mereka yang menghadapi ketakutan dengan jarum suntikan, namun antara cara yang boleh dilakukan termasuk dengan memimpin mereka seperti kanak-kanak dan meminta individu terbabit memejam mata serta berpaling ke arah lain supaya mereka tidak melihat jarum atau proses yang ingin dilakukan.

“Salute kepada frontliners for your service and sacrifice… lol dan kita memang dah kene banned di banyak hospital sebab kalau nak ambik darah atau cucuk IV akan ambik masa 30 mins untuk baca Alfatihah, Zikir, countdown, tapi ni 1st time suruh rap… hang boleh cabar kita dgn ape2 je… kecuali jarum dan naik kapal terbang. Memang fobia… Lol tq sebab nurse2 tadi sangat sporting. Alhamdulillah, hope the rest of Malaysia dapat vaksin secepat mungkin InsyaAllah.”

Caprice yang dikatakan sering mengambil masa yang agak lama jika berhadapan dengan situasi getir buat dirinya itu menceritakan dia berjaya mengatasi ketakutan yang dialami dengan bantuan jururawat yang begitu sporting dan profesional dalam mengendalikan kejadian yang sedemikian.

Oleh itu, orang ramai tidak perlu takut dan diharapkan berhenti untuk mendengar khabar angin yang disebarkan melalui media sosial, justeru sebaiknya apabila berasa panik atau takut, diminta menarik nafas panjang dan tenangkan diri anda terlebih dahulu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://www.dnq.pw/

 

Be the first to comment on "Dic4bar Menyanyi Rap Sewaktu Terima Svntikan V4ksin, Caprice Berjaya Atasi F0bia Dengan Jarvm!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*