‘Insyallah, Saya Akan Pulih’- Bunga Citra Lestari Positif C0VlD19 Lepas Pulang Bercuti

Sekali lagi, ujian buat penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL). Kali ini, BCL mengungkapkan telah p0sitif Covid-19. Berita tersebut disampaikan menerusi akun Instagram miliknya. Dia memuatnaik foto sedang berada di rumah sakit dan sedang diperiksa dengan kapsyen yang menjelaskan dirinya positif Covid-19.

Tangkap Layar dari Instagram @bclsinclair
Tangkap Layar dari Instagram @bclsinclair

“Saya baru mendapat hasilnya, dan diuji positif untuk virus korona,” jelas BCL dalam kapsyen bahasa Inggeris.

Namun, nampaknya Bunga Citra Lestari tidak dalam keadaan yang kritikal. Pada masa ini, dia hanya akan menjalani kuarantin diri.

“Saya kini tengan menjalani kuarantin diri sekarang dan Insya Allah, saya akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi. Saya berharap semua orang untuk jaga diri agar tetap selamat dan sihat,” sambung BCL.

Dia juga menasihati, bahawa pandemi Covid-19 masih aktif di luar sana. Mengekalkan protokol kesihatan dan gaya hidup sihat adalah salah satu perisai untuk mengelakkan Covid-19.

“Saya harap kalian menjaga diri dan orang yang anda sayangi. Kuatkan sistem imun anda dengan serius. Sampai jumpa lagi,” kata BCL.

 

Sumber: muraimy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://www.terengganutv.bbn.my/

 

Be the first to comment on "‘Insyallah, Saya Akan Pulih’- Bunga Citra Lestari Positif C0VlD19 Lepas Pulang Bercuti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*