Wajah sama macam kembar Mira Filzah undang dua wanita ini jadi perhatian ramai

Nampaknya dua wajah wanita ini menjadi bualan hangat peminat sekali lagi apabila kedua-duanya mempunyai wajah yang sama seperti kembar dengan pelakon jelita, Mira Filzah.

Difahamkan kedua-dua wanita terbabit pernah menjadi perhatian wargamaya di ruangan Instagram berikutan wajah jelita mereka saling tak tumpah seperti pelakon drama Sweet Dreams itu.

Walau bagaimanapun, hantaran foto yang dimuat naik menerusi ruangan Instagram Meletop mengundang ketiga-tiga mereka menjadi perhatian lagi selepas foto-foto Mira Filzah bersama dua ‘kembar’ wajah sama dengannya itu disatukan bersama.

Sehinggakan ramai yang merasakan mereka sememangnya mempunyai wajah seakan sama. Meskipun rupa paras dua wanita itu seperti Mira Filzah, namun ketiga-tiga mereka turut dikatakan memiliki kecantikan masing-masing.

Hantaran foto-foto yang menunjukkan wajah comel mereka dan ditambah pula dengan senyuman manis mengundang posting terbabit menerima ratusan reaksi.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh MeleTOP (@meletop)


Rata-rata mereka memuji kecantikan ketiga-tiga mereka dan dalam pada masa yang sama, foto wajah sama ketiga-tiga mereka turut mendapat ribuan tanda suka yang ditekan wargamaya.

“Aaa same”

“Lah ingat orang yang sama, terkejut kenapa free hair tu”

Ada juga netizen turut tersalah sangka melihat dua wajah wanita tersebut adalah Mira Filzah dan hampir tertukar. Mereka bagaimanapun turut dikatakan seperti adik-beradik. Cantik sangat!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HCL

 

Be the first to comment on "Wajah sama macam kembar Mira Filzah undang dua wanita ini jadi perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*