“Sangkut Hampir 3 Jam,” Sekali Mereka Turun Jumpa P0lis Di Tol Sungai Besi

Siang tadi tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur dilapor sesak berikutan sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan di sana. Difahamkan banyak kenderaan yang terpaksa beratur panjang untuk melepasi sekatan berkenaan.

Bagaimanapun keses4kan tadi ditambah dengan riuh apabila berlaku sedikit keteg4ngan antara anggota polis yang bertugas dengan segelintir orang awam dan pemandu yang terlibat.

Memetik laporan BERNAMA, difahamkan mereka mulai resah apabila sudah ‘tersek4t’ hampir tiga jam lamanya. Tidak kurang juga ada kenderaan yang dilapor kehabisan petrol serta kepanasan enjin akibat keses4kan tersebut.

Menurut BERNAMA, kesesakan tersebut did4kwa berlaku rentetan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia di seluruh negara tidak lagi dibenarkan berkuat kuasa hari ini sehingga 6 Jun depan.

Terbaharu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dikuat kuasakan bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

Berikut di bawah adalah rakaman fotoBERNAMA sewaktu membuat tinjauan di plaza tol berkenaan hari ini.

Berlaku sedikit ketegangan antara anggota polis bertugas dan orang ramai akibat tersek4t terlalu lama di tol Sungai Besi menuju ibu kota. Orang ramai mulai res4h apabila sudah hampir 3 jam tersek4t dalam ses4k jalan raya, terdapat juga kenderaan yang telah kehabisan petrol serta kepanasan enjin akibat kesesakan trafik Tol Sungai Besi menuju ke ibu kota ketika tinjauan fotoBernama di plaza tol Sungai Besi, hari ini.Ia susulan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuat kuasa hari ini (10 Mei) hingga 6 Jun depan.- Posted by Bernama TV on Monday, May 10, 2021.

VIDEO:

Laluan Masuk Ke Ibu Negara Sesak

Kuala Lumpur: Beberapa laluan masuk ke ibu negara dilaporkan perlahan dan sesak sejak awal pagi tadi susulan pelaksanaan Sekatan Jalan Raya (SJR) di pintu masuk ke ibu kota.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan antara laluan yang dilaporkan perlahan dan sesak adalah Kilometer 310 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Tol Sungai Besi.

“Selain itu, laluan di Kilometer 310.8 lebuhraya sama arah Selatan urut dilaporkan sesak.

“Trafik juga dilaporkan perlahan sebelum masuk ke Tol Rawang Selatan dan sesak di Lebuhraya Besraya dari Pandan Makmur ke Plaza Tol Loke Yew,” katanya.

Turut dilaporkan ialah laluan dari Puchong Utama ke Puchong Intan dan Kelana Jaya ke Taman Megah.

“Di Lebuhraya SILK pula trafik mulai perlahan dari Sungai Ramal ke Uniten dan di Lebuhraya NKVE trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Bukit Raja ke arah Shah Alam dan dari Plaza Tol Damansara ke Kayu Ara,” katanya.

Dalam pada itu, LLM berkata aliran trafik di semua laluan ke arah selatan dan utara tanah air dilaporkan berjalan lancar.

Kesesakan jalan raya dilaporkan bermula sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 6 Mei hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP.

Turut dikenakan PKP ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah dan mukim di Terengganu, Johor dan Perak.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: BERNAMA

Be the first to comment on "“Sangkut Hampir 3 Jam,” Sekali Mereka Turun Jumpa P0lis Di Tol Sungai Besi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*