“Biarlah Orang Nak Kec4m, Sekarang Saya Penyanyi Nombor Satu”

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tidak menyangka lagu rayanya berjudul Lala Raya mendapat sambutan luar biasa sehingga mendapat sebanyak 1.4 juta tontonan dalam tempoh seminggu.

Enggan mengambil pusing semua krit1kan dan kutvkan yang dilemparkan terhadapnya, Aliff turut mempersoalkan mereka yang mengutvknya tetap menonton muzik videonya itu.

“Jangan dengk1, itu rezeki saya. Saya bukan penyanyi profesional, saya hanya mahu jadi seorang penghibur. Mereka yang kutvk-kutvk saya tetap menonton video muzik tersebut sehingga berjaya cecah satu juta tontonan.

“Biarlah nak kec4m atau kutvk, asalkan orang sudah pilih lagu raya dan saya sendiri sebagai penyanyi nombor satu dalam Malaysia,” ujarnya.

Semalam, Aliff memuat naik perkongsian meluahkan rasa syukur lagunya itu trending nombor satu di YouTube.

Malah, pelakon dan pelawak Zizan Razak turut mengakui Aliff mempunyai bakat besar sebagai penyanyi. Zizan berkata vokal Aliff kini setanding penyanyi barat dan tertanya usahawan itu kini penyanyi nombor satu negara.

Terdahulu, Aliff berkata lagu tersebut adalah untuk menghiburkan hati mereka yang tidak dapat pulang ke kampung berhari raya susulan rentas negeri tidak dibenarkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Rotikaya

Be the first to comment on "“Biarlah Orang Nak Kec4m, Sekarang Saya Penyanyi Nombor Satu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*