Hafiz Mahamad Dikomp4un RM1,500 Gara-Gara Tidak Pakai Pelitup Muka Dalam Video Raya

Pengamal media sosial terkenal, Hafiz Mahamad  telah dikenakan komp4un sebanyak RM1,500 gara-gara tidak memakai pelitup muka dalam sebuah video adegan raya yang dimuatnaiknya baru-baru ini di laman Instagram.

Langg4r SOP

 

IKLAN

Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, kompaun kerana mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara itu dikeluarkan selepas Hafiz hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, kelmarin.

Video Tidak Dapat Kebenaran

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Menurut Mohd Fadzil, video tersebut telah dirakam di sebuah lokasi dan mengesahkan tiga anggota petugas barisan hadapan di dalam video tersebut sememangnya sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) IPD Putrajaya. Malah dia turut menegaskan anggota polis dan tentera itu tidak menerima sebarang bayaran atau sagu hati selain video dirakam oleh usahawan itu juga tidak mendapat kebenaran.

“Video itu turut membabitkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terbabit dalam adegan lakonan itu berpakaian penuh seragam,”

“Saya tidak pernah membenarkan video itu dirakam atau dikeluarkan dan tiada bayaran atau sagu hati diterima pihak polis dalam hal ini,” katanya dalam sebuah kenyataan media

Terdahulu, Murai.my melaporkan Hafiz teruk dikec4m oleh netizen di laman Twitter berikutan video yang dimuatnaiknya itu tidak mematuhi SOP selain mempersoalkan kebenarannya melibatkan tiga orang barisan petugas hadapan yang memakai pakaian seragam penuh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://murai.my/2021/

Be the first to comment on "Hafiz Mahamad Dikomp4un RM1,500 Gara-Gara Tidak Pakai Pelitup Muka Dalam Video Raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*