Isu Rentas Negeri: Neelofa & PU Riz Sekali Lagi Dipanggil Polis

Masih hangat isu pelangg4ran prosedur operasi standard (SOP) selebriti Noor Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz, pasangan itu terus mencvri tumpuan ramai.

Ia berdasarkan isu terbaharu pasangan tersebut yang dikatakan telah berada di sebuah premis perniagaan karpet di kawasan Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan pada 2 Mei 2021.

 

Disebabkan itu, pasangan berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman, yang menyatakan bahawa pihaknya sudah menyiasat video yang dikaitkan dengan perkara tersebut.

Terdahulu, Neelofa dikatakan telah memuat naik video melalui Instagram Story miliknya.

Video tersebut memaparkan beliau dan PU Riz berada di salah sebuah kedai di lokasi disyaki Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Instagram Story itu telah dipadamkan.

Semoga sias4tan tersebut akan menjawab segala persoalan yang diajukan ramai ketika ini berkaitan kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: Bernama dan Instagram Neelofa

 

Be the first to comment on "Isu Rentas Negeri: Neelofa & PU Riz Sekali Lagi Dipanggil Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*