“Buka Kedai Karpet Pula Ke?”-Netizen Kant0ikan Neelofa Rentas Negeri Lagi!! Kali Ni Di Negeri Sembilan

NAMA selebriti sensasi Noor Neelofa Mohd Noor terus menjadi bualan ramai apabila dia sekali lagi dikesan merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasakan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Kali ini pengguna media sosial mend4kwa Neelofa, 32 dan suaminya Haris Ismail, 26, berkunjung ke sebuah kedai karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.

Telahan itu berdasarkan dua posting Neelofa sendiri di ruangan Instastory pada petang Ahad.

Hasil sias4tan netizen, rata-rata yakin kedai karpet yang dikunjungi Neelofa itu terletak di Nilai 3 sungguhpun terdapat cawangan lain di Setapak, Kuala Lumpur selain Johor dan Brunei.

“Tak serik-serik. Best jadi kayangan. Buka kedai karpet pula ke?

“Tolong la husnuzon dengan Neelofa ni. Dia pergi sana singgah je kat kedai tu. Rentas negeri maybe sebab nak buka kedai air baru kat situ.

“Nilai 3 baru diumumkan sebahagian dari Lembah Klang #donebackup,” demikian komen dan sindiran netizen di Twitter berhubung 1su berkenaan.

Menerusi pemerhatian mStar, Neelofa bagaimanapun sudah memadam video seorang lelaki dipercayai pemilik kedai karpet tersebut yang sempat mempromosikan lokasi perniagaannya selain di Nilai 3.

Tindakan memadam posting berkenaan lebih mengundang pertikaian netizen sekiranya Neelofa dan suaminya tidak melakukan kesalahan seperti did4kwa.

Neelofa dan keluarga sebelum ini dikomp4un sebanyak RM60,000 kerana majlis perkahwinannya pada 27 Mac lalu selepas didapati mel4nggar SOP PKPB.

Neelofa dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz juga dikompaun kerana meny4lahguna kebenaran rentas negeri ketika berkunjung ke Langkawi atas urusan kerja.

Susulan itu Neelofa tampil mengakui kesilapan dan memohon maaf selain mengakui akan mengambil pengajaran di atas kekec0han yang dicetuskannya sebelum ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "“Buka Kedai Karpet Pula Ke?”-Netizen Kant0ikan Neelofa Rentas Negeri Lagi!! Kali Ni Di Negeri Sembilan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*