Langgar Larangan Rentas Negeri, Menipu Surat Kebenaran Itu Dua Kali Haram – Mufti KL

KUALA LUMPUR: Har4m hukumnya mel4nggar lar4ngan merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri, seperti yang ditetapkan kerajaan, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Beliau berkata, asas kepada lar4ngan rentas negeri perlu dilihat daripada hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyakit taun.

Beliau berkata, Rasulullah SAW menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu wabak peny4kit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

“Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram.

“Sekarang angka (jangk1tan) semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan (rentas negeri) bila rantaian jangk1tan ini akan berhenti?

“Dalam media baru-baru ini ada kes t1pu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, men1pu untuk rentas negeri dan men1pu surat (kebenaran),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Cabaran COV1D-19 Menurut Perspektif Islam dan Pelancaran Buku Fakulti Pengajian Islam di Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut disiarkan secara maya melalui aplikasi zoom, hari ini.

Luqman berkata, perbincangan panjang mengenai hukum boleh dibuat bagaimanapun dalam menangani penul4ran COV1D-19, umat Islam perlu kembali kepada perkara paling asas termasuk menerima larangan dikenakan pemerintah sekiranya dilakukan bagi tujuan kebaikan.

“Sekiranya untuk kebaikan, sebagai rakyat ia perlu diikuti. Jika tidak risiko (disebabkan jangk1tan) adalah tinggi,” katanya.

Luqman berkata, beliau sendiri sepatutnya ke Kelantan untuk menghadiri mesyuarat baru-baru ini tetapi membatalkannya bagi mengelak sebarang risiko jangkit4n.

“Saya sudah mendapat surat (kebenaran rentas negeri) polis tetapi apabila seluruh daerah di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya terpaksa berfikir semula.

“Jika balik, mungkin saya (dijangkiti) atau menj4ngkiti mereka di sana jadi saya tidak ke Kelantan dan hanya menjalani mesyuarat secara dalam talian.

“Jika ada keperluan, bolehlah merentas negeri dan kerajaan juga membenarkannya jika ada keperluan tetapi jika hanya untuk tujuan sosial, ia akan hanya membawa ris1ko yang tinggi,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber : bharian

 

Be the first to comment on "Langgar Larangan Rentas Negeri, Menipu Surat Kebenaran Itu Dua Kali Haram – Mufti KL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*