“Kontr4k Saya Bersama Swarovski Tamat Disember 2020, Tapi…,” – Neelofa Perjelas Kekel!ruan

Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa menjelaskan kontraknya bersama jenama aksesori perhiasan diri terkenal, Swarovski sebenarnya sudah berakhir sejak Disember lalu.

Bagaimanapun, hubungannya bersama jenama tersebut kekal baik dan senang dengan situasi sedemikian.

“Salam. My contract with Swarovski did end back in December 2020 but we still have a good relationship and will remain that way. Hope this clarifies,” jelasnya.

Pendedahan tersebut dikongsikan pengacara program Islamik, NTN itu menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu, Swarovski membuat satu ciapan di laman Twitter memaklumkan pihaknya sudah tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa.

Ciapan tersebut adalah respon kepada seorang pengguna Twitter yang bertanya perihal status isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz itu sebagai wajah wakilan jenama tersebut sejak 2017.

Individu itu menerusi sebuah posting mengulang kicau berita mengenai selebriti berusia 32 tahun itu yang dikenakan komp4un beberapa lalu, akibat mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, mana-mana bintang di Korea Selatan akan ditamatkan kontrak menjadi duta kepada sesebuah jenama tertentu sekiranya melakukan kesalahan sama seperti Neelofa.

Nama Neelofa menjadi hangat selepas majlis perkahwinannya bersama pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, did4kwa telah mel4nggar SOP.

Terdahulu, persalinan rona putih yang dikenakan Neelofa pada hari perkahwinannya, turut menggunakan lebih 5,000 butir perincian Swarovski.

Malah, tetamu yang hadir turut selain diraikan oleh ‘doorgift’ daripada jenama tersebut selain produk tajaan lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: MH, MSTAR

 

Be the first to comment on "“Kontr4k Saya Bersama Swarovski Tamat Disember 2020, Tapi…,” – Neelofa Perjelas Kekel!ruan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*