“Alhamdulillah Sah! Maaf Tak Boleh Jemput Ramai” Arif Jiwa ‘Dijodohkan’ Di Usia 4 Tahun

“Kompang dipalu.. Pengantin baru… Duduk bersanding.. Tersipu malu… Kompang dipalu..

Pengantin malu… Moga bahagia… Ke anak cucu. 😂😂😂😂”

Lucu! Siapa sangka si cilik yang baru berusia 4 tahun ini kini sudah memiliki ‘teman wanita’.

Anak kepada pelakon dan usahawan yang berasal dari Indonesia, Arif Jiwa Asyraf ini sememangnya memiliki rupa paras yang comel dan kacak, apatah lagi dia merupakan cucu tiri kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Menyifatkan Arif sebagai kanak-kanak yang sangat lucu dan mudah tersenyum, pasti ramai kanak-kanak perempuan di luar sana yang ‘menyukai’ Arif.

Memuat naik gambar di Instagram, Arif Jiwa kelihatan tersipu-sipu malu di atas pelamin dengan pemakaian serba putih.

caption:

“Alhamdulillah Sah, mohon maaf tak boleh jemput ramai ramai…”

 

Pasti ramai di luar sana yang menginginkan segera ditemukan jodoh, namun jodoh itu kan rahsia Tuhan.

 

Tenang! Perkongsian ini semestinya hanya gurauan nakal sahaja yang memperlihatkan Arif Jiwa dan seorang lagi kanak-kanak perempuan itu seperti pasangan jodoh yang serasi di atas pelamin, bagaikan ‘pinang di belah dua’.

“Uncle Onty restu lah arif dengan gepren arif sayang…”

Bagi peminat-peminat Arif yang sering mengikuti perkembangan si cilik ini di Instagram, pasti sudah tahu kaspyen-kapsyen lucu dan nakal yang sering dibuat oleh ibu atau ayah arif.

Arif Jiwa merupakan anak sulung kepada pelakon Indonesia, Tya Arifin dan usahawan, Asyraf Khalid.

caption:

“(slide)

Sah jadi kawan laaaahhh Onty 🤣🤣🤣”

 

Rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut pada mulanya, namun setelah dibaca dengan teliti kapsyen yang dibuat baru lah ramai yang mengetahui bahawa itu hanya lah ‘gimik’ semata-mata.

Eh! Nak4l lah ibu dan ayah Arif ni, Arif dengan kawan Arif dating waktu bergambar je la, kami kecil lagi la ‘uncle dan onty’.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuradi

Sumber : Instagram Arif Jiwa

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

 

Be the first to comment on "“Alhamdulillah Sah! Maaf Tak Boleh Jemput Ramai” Arif Jiwa ‘Dijodohkan’ Di Usia 4 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*