“Stacy Betul-betul Em0si” Tak Sedar Sampai Men4ngis

Selepas sembilan tahun tidak muncul dnegan lagu bergenre balada, akhirnya penyanyi Stacy tampil dengan single terbaru berjudul Pelvk.

Stacy atau nama sebenar Ummu Shaikhah Stacy Anam, 30, berkata lagu hasil ciptaan bersama suami yang juga penyanyi Akim Ahamd ini cukup istimewa hingga berjaya menyentuh emosinya.

“Selepas sembilan tahun tak keluar lagu balada, Alhamdulillah tahun ini saya melancarkan single Peluk. Sejujurnya, apabila lama tidak menyanyikan lagu bergenre balada, memang gementar dan ia sangat berbeza ketika merakamkan lagu Pelangi Senja yang mana waktu itu saya masih bujang.

“Untuk lagu ini mudah saja nak dapatkan penghayatan dan feel. Dengar saja melodi, tanda disedari saya men4ngis. Geel itu terlalu dekat dan kena karakter diri sendiri.

“Saya menyanyi dari dalam jiwa! Itu yag membuatkan saya sampai men4ngis..menynayikan lagu ciptaan orang lain dengan lagu ciptaan sendiri memberikan deel yang berbeza,”katanya.

Kali terakhir Stacy muncul dengan lagu bergenre balada ialah pada tahun 2012 menerusi lagu Pelangi Senja.

Sementara itu, Stacy berkata lagu ini merupakan buah tangan baharu buat peminat yang sabar menantikan kemunculannya menyanyikan lagu balada.

“Sesekali bertukar genre apa salahnya, lagi pula projek ini memnag menarik, jadi saya tak menolak…peminat pun sudah lama tunggu dan rindukan lagu balada daripada saya.

“Lagu ini juga memberi cabaran kepada saya semasa proses rakaman, saya kena faham maksud lirik dan melodi. Kalau nak tahu ada pertukaran lirik pada saat akhir.

“Malah lagu ini juga antara paling lama dirakam iaitu dalam empat ke lima jam. Kebiasaannya dalam dua jam saja untuk lagu-lagu sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Stacy turut meluahkan rasa terharu dan teruja apabila single berkenaan dilancarkan serentak dengan lagu Bayang nyanyian Akim Ahmad.

“Ini kali pertama saya dan Akim keluar lagu serentak. Akim pula selepas lima tahun bersama Akim & The Majistret baru muncul dengan single solo dan saya pula kembali menyanyikan genre balada.

“Apa yang saya boleh kongsi, terlalu banyak perbezaan dan istimewanya lagu ini kepada saya kerana inilah kali pertama saya menyanyikan lagu balada dengan seluruh feel.

“Lebih-lebih lagi selepas mendapat banyak tunjuk ajar daripada Akim dalam menyelami bidang penulisan lagu,” ujarnya.

Lagu ciptaan Bunga Cantik iaitu dirinya sendiri dan lirik oleh Hang Nadim (Akim) dan Bunga Cantik diterbikan oleh Nova Music telah dilancarkan pada 13 April lalu.

Ia boleh didengari di semua platform digital dan saluran Youtube Nova Music Video.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mSTar

 

Be the first to comment on "“Stacy Betul-betul Em0si” Tak Sedar Sampai Men4ngis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*