Anak perempuan berubah manja dengan bapa tapi berbeza terhadap ibu

Walaupun ahli psikologi mendakwa bahawa ibu mempunyai hubungan paling kuat dengan anak-anak, namun pasti ramai yang perasan bahawa anak perempuan biasanya lebih manja dengan bapa mereka.

Ibu biasanya memberikan kasih sayang dengan cara yang tegas dan penuh tanggungjawab seperti menyediakan keperluan dan memastikan apa yang terbaik walaupun anak-anak mungkin tidak suka seperti mem4ksa makan sayur dan tidur awal.

Bapa pula lebih bersikap santai dengan anak-anak mereka dengan membenarkan mereka mel4nggar peraturan sekali sekala dan mempertahankan mereka jika mereka melakukan kesalahan. Jadi tidak hairanlah ramai anak perempuan lebih rapat dan manja dengan bapa mereka.

Seperti yang berlaku dalam sebuah perkongsian video oleh wanita di TikTok ini, anaknya dilihat sedang menengkingnya agar dibenarkan mandi pada waktu malam.

@kelly_kirb

Pray for me ##fyp ##foryoupage ##foryou ##toddler ##girlmom

♬ original sound – kelly Lavery

Wanita tersebut berkata tidak kepada permintaan anak perempuannya itu membuatkan kanak-kanak tersebut m4rah dan meninggikan suaranya.

Selepas tidak berjaya berunding dengan ibunya, kanak-kanak tersebut berpaling kepada bapanya pula tetapi suaranya terus berubah menjadi lembut dan manja.

Budak perempuan itu cuba memujuk bapanya dengan mata yang besar dan muka tidak bersalah sehingga bapanya sendiri cair dan berpaling kepada isterinya untuk jawapan, tetapi wanita itu tetap mengatakan tidak.

Dia juga terpaksa memberitahu suaminya agar tidak termakan dengan pujukan anaknya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HCL

 

Be the first to comment on "Anak perempuan berubah manja dengan bapa tapi berbeza terhadap ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*