“Mask Pegang Je.. Kayangan Sangat!” Tindakan Intan Najuwa Dipersoalkan Tidak Pakai Mask Keluar Rumah

Selepas pelbagai kontr0versi tentang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang melanda beberapa selebriti, kini setiap tingkah laku mereka diperhatikan dengan lebih teliti oleh warganet gara-gara ada yang beranggapan selebriti adalah golongan kayangan yang tidak akan dikenakan dend4.

Terbaru seorang pelakon kecil molek, Intan Najuwa menerima perhatian dan kecaman hebat daripada warganet di TikTok hanya kerana sebuah video yang menunjukkan dirinya keluar dari rumah tidak memakai pelitup muka tetapi hanya memegang pelitup muka di tangan sahaja.

Video perkongsian Intan Najuwa tersebut telah ditonton lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 1300 komen yang kebanyakannya mempersoalkan tindakannya yang tidak memakai pelitup muka.

@intannajuwaaa

Salam Ramadhan 🤍🤍🤍🤍🤍🕊🕊🕊

♬ Selamanya Cinta – From “Surga Yang Tak Dirindukan 3” – Bunga Citra Lestari

Perkongsian tersebut bagaimanapun telah membuatkan warganet di TikTok berdebat dan menyatakan tindakan Intan Najuwa itu adalah tidak bertanggungjawab dan sebagai seorang selebriti, Intan seharusnya memberi contoh yang baik kepada pengikut dan peminatnya.

Buat masa ini, Intan masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan isunya itu. Namun, video perkongsian tersebut masih lagi menerima kec4man dan persoalan daripada warganet. Difahamkan menerusi pemantauan di ruangan komen itu, rata-ratanya menyatakan mereka bukan mencari salah selebriti tetapi tindakan ini dianggap sangat tidak bertanggungjawab. Hmm, mungkin ada benar kata warga TikTok.. Apa pula pendapat anda?

Sumber: TikTok Intan Najuwa

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Kool Fm

 

Be the first to comment on "“Mask Pegang Je.. Kayangan Sangat!” Tindakan Intan Najuwa Dipersoalkan Tidak Pakai Mask Keluar Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*