Rentas Negeri Untuk Hadiahkan Kereta Pada Ibu Bapa, Ramai Meng4muk Dengan Leeyanarahman

Kini, perkataan ‘rentas negeri’ merupakan perkataan yang sangat sensitif buat semua rakyat Malaysia lebih-lebih lagi selepas kita semua diberi bayangan bahawa tiada aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Namun, posting terbaharu yang dibuat oleh pemilik butik fesyen Leeyanarahman telah menaikkan kemar4han warganet.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya pada 18 April lalu, beliau telah diberi kebenaran untuk merentas negeri bagi menghadiahkan sebuah kereta kepada kedua ibu bapanya yang berada di Kuala Terengganu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by LEEYANARAHMAN / YNALEE BEAUTE (@yaana.lee)

Dalam masa yang sama, difahamkan mereka hanya berkunjung ke sana dalam masa sehari sahaja dan turut mengakui telah mematuhi segala syarat yang diberikan.

Walaupun sudah dijelaskan tetapi netizen tetap tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan olehnya serta suaminya iaitu Hafiz Hamid.

Menjengah ke laman Twitter, ramai netizen meluahkan rasa berang mereka dan menyifatkan ia sebagai keputusan yang berat sebelah.

Sebelum ini, syarikat Leeyanarahman turut pernah mendapat perhatian apabila mereka telah mengadakan fesyen show tanpa mengikut SOP yang ditetapkan.

Maklum lah, di saat ini setiap perbuatan mereka yang berpengaruh mesti akan diperhatikan netizen dan turut dipertika1kan.

Tetapi seeloknya perkara begini tidak harus diperbesarkan memandangkan 1su ‘rentas negeri’ merupakan satu perkataan yang sensitif.

Semoga dengan penjelasan yang diberikan dapat diterima oleh netizen sendiri.

Sumber foto dan video: Instagram Leeyanarahman

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Hot Fm

 

Be the first to comment on "Rentas Negeri Untuk Hadiahkan Kereta Pada Ibu Bapa, Ramai Meng4muk Dengan Leeyanarahman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*