Ini Jumlah Bayaran Pelakon Iklan Jud!

Sejak dua hari lalu, hangat diperkatakan mengenai video berdurasi dua minit iklan mempromosikan aktiviti perjudi4n atas talian sempena Hari Raya.

Terbaru, pihak polis telah menahan lima lelaki dan tiga wanita yang dikesan terbabit dalam pembikinan iklan tersebut semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, kesemua mereka berusia di antara 24 dan 47 tahun itu akan direm4n di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Dalam pada itu, polis memberitahu kesemua mereka mengaku menerima bayaran sebanyak RM180 setiap seorang untuk berlakon dalam iklan berkenaan.

“Kesemua mereka mengaku menerima bayaran untuk berlakon dalam iklan berdurasi 2 minit satu saat itu sebanyak RM180 seorang,” katanya.

Terdahulu, tiga pelakon muzik video berkenaan tampil mend4kwa mereka mendapat tawaran bagi menjayakan rakaman sempena Hari Raya, namun pemilik merahsiakan nama jenama mereka.

“Sudah jadi kebiasaan pemilik brand nak rahsiakan produk mereka… malah semasa kita buat penggambaran pun mereka cakap jangan ambil (rakam) video, jangan beritahu sesiapa sebab surprise,” kata salah seorang pelakon pembantu.

Katanya lagi, dia dan pelakon lain menyedari mereka mereka terlibat dalam iklan mempromosi jvdi pada hari penggambaran, 13 Mac lalu.

Malah, dia akui kes4l kerana tidak berani untuk menarik diri daripada meneruskan penggambaran itu. Ujarnya, ketika menerima tawaran tersebut dia mengambil tanpa bertanya soalan kerana terdesak.

“Kami desperate, freelance macam kami terjejas tervk. Apabila dapat job ni saya ambil je tanpa banyak tanya soalan. Untuk job ni mereka bayar pun sikit sangat. Kita buat sebab tak ada cara lain cari duit… kami freelancer.

“Masa awal-awal memang berkaitan raya, tapi apabila masuk bahagian kedua di penghujung penggambaran baru kami sedar ia adalah jvdi,” katanya.

SUMBER: Astro Awani & mStar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://gulapop.com/

Be the first to comment on "Ini Jumlah Bayaran Pelakon Iklan Jud!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*