Datin Alyah Bekerjasama Dgn Suami Neelofa, PU Riz, Sekali Ini Komen Tok Ram

“Dia datang ke rumah bersama pengurus, kami berbincang dan tiga hari selepas itu dia ke studio masukkan vokal.” Itu kongsi penyanyi, Datin Alyah yang bakal muncul menerusi single terbarunya, Thank You Allah yang menampilkan pendakwah bebas, Haris Ismail (PU Riz).

Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 40, Haris terbabit di dalam single berkenaan menerusi monolog dalam Bahasa Melayu dan Arab.

Turut sama ditampilkan di dalam lagu ciptaan Omar K dan Ikhawan Fatanna itu ialah rapper, Cat Farish.

Berkongsi lanjut mengenai penglibatan suami kepada selebriti terkenal, Neelofa itu, Alyah senang dengan komitmen pendakwah terbabit meski dia pastinya miliki jadual yang padat.

“Terima kasih dengan kerjasama yang diberikan pihak Haris. Perbincangan itu boleh dikatakan mudah dan perancangan itu berjalan dengan lancar meski saya percaya komitmennya terhadap perkara lain juga perlu diutamakan.

“Saya percaya kepada rezeki dan ‘jodoh’. Malah saya rasa untuk lagu ini, suaranya memang sesuai. Itu adalah tuah saya juga bila kami pertama kali lakukan projek ini. Moga ia dapat diterima dengan baik,” katanya kepada MH.

“Kita tidak selalunya sependapat. Misalnya saya menyanyi untuk mengikut citarasa pendengar ketika ini sementara suami pula lebih kepada soal teknikal. Jadi ada ketikanya kita bercangg4h di situ.

KOMEN TOK RAM

“Akan tetapi, pada akhirnya dia sed4r ‘itulah’ saya, this is you katanya. Dia ada juga berikan pendapat dan saya sedar pemuzik yang seangkatan dengannya memang ditil terhadap setiap posisi lagu, lenggok dan sebagainya.

“Saya bertuah kerana ‘duduk’ di dalam dua era yang berbeza dan saya sebolehnya cuba adukkan ia dalam lagu-lagu saya,” katanya yang baru sahaja melakukan penggambaran muzik video lagu berkenaan di Langkawi.

Thank You Allah dijangka bakal dilancarkan selewat-lewatnya bulan hadapan.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : MH

 

Be the first to comment on "Datin Alyah Bekerjasama Dgn Suami Neelofa, PU Riz, Sekali Ini Komen Tok Ram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*