Young Syefura Selamat Bernikah, Bulan Madu Di Kuala Lumpur

Dengan sekali lafaz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman sah bergelar isteri kepada Muhammad Edrin Nordin, pada Sabtu.

Pasangan yang berpakaian sedondon dalam persalinan putih itu dinikahkan bapa Young Syefura dengan mas kahwin sebentuk cincin berlian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rara | YS (@young.syefura)

Memetik laporan Harian Metro, Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara, 32, berkata, majlis berkenaan berlangsung di dewan Wisma Selangor, Jalan Ampang dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan dihadiri semua ahli keluarga dan rakan rapat.

“Alhamdulillah saya lega dan bersyukur, majlis berlangsung dengan sempurna seperti dirancangkan.

“Saya mengharapkan perkahwinan ini berkekalan dan bahagia sampai ke syurga,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Sementara itu, di ruangan Twitter, pasangan itu dilihat menikmati bulan madu dan menghabiskan masa bersama di sekitar ibu kota.

Terdahulu, Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan dan suaminya yang juga ahli perniagaan berstatus duda itu mengikat tali pertunangan pada 27 Februari lalu.

Sebelum ini, Rara pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengurus pelaburan, Muhammad Masyur pada 24 September 2016, namun pasangan itu bercer4i tal4k satu pada 7 Mac 2019.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rara | YS (@young.syefura)

Kredit foto: Instagram Rara & Twitter @asrulmm

Sumber : Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.tehtarikkaw.com/

Be the first to comment on "Young Syefura Selamat Bernikah, Bulan Madu Di Kuala Lumpur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*