[VIDEO] “Abang Kenapa Tak Men4ngis?” – Maryam Dedahkan Sudah H@mil 3 Bulan, Reaksi Ryzal Lain Macam…

Sebagai pasangan suami isteri, tentu menjadi sebahagian harapan kita untuk menimang cahaya mata. Bagi yang sudah menanti lama, pasti akan menyambut khabar keh4milan pertama dengan gembira. Tapi lain pula jadinya bagi pasangan influencer media sosial Malaysia-Korea ini dalam satu video yang dikongsikan mengenai kehamilan pertama mereka.

Mungkin ramai yang mengenali Maryam You Narae dan juga Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang sememangnya rajin berkongsikan video telatah dan gelagat mereka di media sosial. Bagaimanapun, perkongsian terbaharu daripada mereka adalah mengenai keh4milan Maryam.

“Maryam H4mil 3 Bulan. Syukur Alhamdulillah, akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah 2 tahun kami bernikah,” tulis mereka di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Namun reaksi Ryzal dalam video tersebut seperti meragui perkhabaran Maryam bahawa dia bakal bergelar seorang ayah. Menurut Ryzal, Maryam suka mengenakan atau membuat prank terhadapnya. Jadi disebabkan itu Ryzal kelihatan seperti tidak percaya. Bagaimanapun, Ryzal memaklumkan sekiranya khabar tersebut adalah benar, dia juga akan gembira dan men4ngis di rumah. 

Mereka juga turut menyatakan ‘Duriankimchi Junior’ bakal menyusul dan mewarnai kehidupan mereka. Dalam pada itu, ruangan komen posting tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat-peminat mereka. Kami juga turut mengucapkan tahniah buat Maryam dan Ryzal dan semoga kehamilan pertama ini dipermudahkan. 

Sumber daripada: Instagram

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Kool Fm

 

Be the first to comment on "[VIDEO] “Abang Kenapa Tak Men4ngis?” – Maryam Dedahkan Sudah H@mil 3 Bulan, Reaksi Ryzal Lain Macam…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*