Sandal ‘Muslim Friendly’, Ustazah Asma Harun Bersuara

PENDAKWAH bebas, Ustazah Asma Harun berpendapat kontroversi sebuah jenama sandal menggunakan perkataan Muslim Friendly atau ‘mesra muslim’ bagi mempromosikan produk hanya bersifat salah faham.

Bagaimanapun menurut Asma, ia mungkin bergantung kepada kefahaman seseorang itu dalam isu berkenaan.

“Bagi saya ia bergantung pada perspektif masing-masing. Saya mungkin terbuka dalam isu ini dan saya nampak ia biasa.

“Ia bukanlah perkara yang sampai peringkat kita nak gelarkan sebagai penungg4ng agama atau menyalahi syariat.

Terma ‘Muslim Friendly’ mengundang kebimbangan ramai.

“Pada saya, maksud disampaikan ialah selipar itu lebih kepada ‘muslimah friendly’ khusus bagi wanita yang memakai stokin,” katanya.

Beliau berkata demikian seperti yang dilaporkan Sinar Harian selepas majlis pelancaran Semarak Ramadan @ Anjung Bonda Nor di Bandar Prima Senawang, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Sebelum ini, netizen mempertik4ikan penggunaan Muslim Friendly yang digunakan sebuah jenama selipar yang berkolaborasi dengan aplikasi Islamik dibangunkan oleh selebriti popular, Neelofa iaitu The Noor.

Ia bukanlah perkara yang sampai peringkat kita nak gelarkan sebagai penunggang agama atau menyalahi syariat.

Menurut netizen, tindakan itu dilihat sebagai menungg4ng agama bagi tujuan meraih keuntungan.

Sementara itu, Asma turut menegur golongan selebriti supaya menjadi lebih bertanggungjawab dengan segala perkongsian yang dibuat mereka menerusi media sosial masing-masing.

“Allah bagi pengaruh kepada masyarakat sama ada artis, instafamous, influencer atau mereka yang ada dalam bidang perniagaan. Tolong bertanggungjawab ke atas setiap yang kita kongsi di media sosial.

“Apabila kita buat sesuatu dan mendapati positif lebih banyak daripada negatif, teruskan. Tapi apabila kita tengok ia 50-50, mula muhasabah diri dan betulkan semua niat kita.

“Walaupun kita kata itu hak peribadi, tapi kalau betul hak peribadi, simpan ia sebagai peribadi,” ujarnya.

Sebelum ini, isu beberapa selebriti mengundang kemar4han ramai apabila berkongsi aktiviti rentas negeri secara terbuka tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat.

Harith Iskandar Nak Keluar Tali Leher

Satu demi satu kontr0versi menimpa usahawan dan selebriti Neelofa. Selepas isu rentas negeri kini beralih kepada kolaborasi Neelofa bersama jenama selipar terkenal, Fipper. Kali ini netizen kec0h mempersoalkan selipar tersebut yang dilabel sebagai ‘Muslim Friendly’.

Di laman twitter, tak pasal-pasal selipar ini mendapat ‘free-marketing’ kerana ramai yang berkongsikan isu ini secara meluas. Bukan di kalangan netizen sahaja, isu selipar ”Muslim Friendly’ turut mendapat perhati pelawak dan pelakon, Harith Iskander.

Dengan berkongsi keratan akhbar terhadap 1su ini di laman instagramnya, pandangan Harith dianggap melucukan dan bernada sarkastik.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan ini (selipar ”Muslim Friendly’). Mana-mana kawan kepada kaki saya adalah rakan saya. Sekarang saya tahu mengapa saya tidak pernah merasa selesa dengan selipar Jepun saya, mungkin kerana ia tidak cukup ramah (friendly) kepada saya. Saya tidak sabar untuk melancarkan tali leher dan tali jam yang ramah untuk umat Islam.”

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga menyampaikan pandangan masing-masing tentang isu selipar ‘Muslim Friendly’ ini. Ada berbentuk kec4man dan ada juga memberi komen positif.

Sementara itu, ada sebilangan netizen yang mempersoalkan harga jualannya mencecah RM79.90 sepasang dianggap mahal. Tapi kita kena lah faham, ini bukan selipar biasa yang kita beli di kedai runcit itu ya!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/04/sandal-lop-ustazahasma/

 

Be the first to comment on "Sandal ‘Muslim Friendly’, Ustazah Asma Harun Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*